SELAMAT DATANG Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Matematik SPA SET 2

1. Sebuah korperasi mempunyai 80 orang pekerja. 25% adalah pekerja pengurusan dan 15% daripadanya adalah pekerja atasan. Berapakah jumlah pekerja selain daripada pekerja pengurusan dan pekerja atasan?
2. Victor Lee membeli sebuah Sofa dengan harga RM 6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Victor Lee membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?
3. Sebuah tangki berbentuk silinder mempunyai diameter 7.10 meter, diisi penuh dengan minyak. Tinggi silinder itu adalah 1.28 meter lebih dari jejarinya. Berapakah isipadu minyak dalam tangki itu di dalam unit meter padu?
4. Harga kos set kecantikan di Syarikat Teguh Jaya ialah RM120. Harga jual set kecantikan itu ialah RM150. Set kecantikan itu diberi diskaun sebanyak 60% sempena penghabisan stok. Syarikat Teguh Jaya mengalami…
5. Sekiranya harga petrol RON 97 meningkat daripada RM2.72 kepada RM 3.70 seliter, erapakah peratus peningkatan harga petrol RON 97 tersebut?
7. Amnia Amanina mempunyai 5 gulung tali. Panjang setiap gulung tapi adalah 3.5 meter. Dia menggunakan 3 gulung tali dan 145 cm daripada satu gulung yang lain. Cari panjang dalam meter, baki tali yang belum digunakan.
8. Hitungkan 144 (14-6+4) x (-6) =
9. Kelas 4 Kemboja ada 50 orang murid, 80% daripada pelajar telah memasuki kuiz dan 1/2 daripadanya gagal. Berapakah bilangan pelajar yang lulus dalam kuiz tersebut?
10. Letchumi memerlukan 1 m tali untuk mengikat 4 kotak buah. Berapakah panjang tali yang diperlukannya untuk mengikat 350 kotak buah?