Nota Sejarah Bab 2 Tingkatan 5 : Perlembagaan Persekutuan
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
LATAR BELAKANG SEJARAH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi yang menjadi asas pemerintahan negara.
Negara kita memiliki Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan elemen penting dalam pembentukan negara.
ASAS PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN |
---|
Perlembagaan Persekutuan didasarkan pada nilai-nilai tradisi Kesultanan Melayu dan digabungkan dengan prinsip undang-undang Inggeris yang telah disesuaikan dengan nilai tempatan. Dua asas pembentukan perlembagaan 1.Undang-undang Negeri Melayu 2.Undang-undang Inggeris. |
Undang-undang Negeri Melayu 1. Raja berperanan sebagai pemerintah. 2. Rakyat memberikan kesetiaan kepada raja. 3. Undang-undang dan sistem pemerintahan ditentukan oleh raja. 4. Undang-undang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka (Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka) mempengaruhi kandungan undang-undang bertulis di negeri Melayu lain, seperti Hukum Kanun Pahang, Undang-Undang Kedah, Undang-Undang Johor, dan Undang-Undang 99 Perak. |
Undang-undang Inggeris 1. British memperkenalkan undang-undang di Negeri-Negeri Selat (NNS) yang dikenali sebagai Charter of Justice. 2. Undang-undang ini diambil daripada undang-undang yang digubal di England. 3. Piagam yang sesuai dengan kegunaan NNS sahaja diguna pakai, seperti Charter of Justice 1807. 4. Di Sarawak, terdapat The Sarawak Application of Laws Ordinance 1949 yang menggunakan The Common Law of England. 5. Di Sabah, undang-undang yang sama disebut Sabah Application of Laws Ordinance 1951. -Negara kita sudah mempunyai undang-undang dan adat Melayu sebagai asas perlembagaan sebelum kedatangan kuasa Barat. -Undang-undang ini menjadi panduan bagi raja dan pembesar dalam pemerintahan. -Undang-undang ini berubah mengikut perkembangan masyarakat sehingga undang-undang Barat diperkenalkan pada awal abad ke-19. |
SARAWAK 1. Pada Ogos 1956, Perlembagaan Sarawak memberikan kuasa kepada Council Negri (Majlis Negeri) yang terdiri daripada 45 ahli dan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha. 2. Majlis Tertinggi dianggotai oleh Ketua Setiausaha, Setiausaha Kewangan, dan Peguam Negara serta dipengerusikan oleh Gabenor. 3. Perlembagaan Sarawak pada tahun 1959 memberikan kuasa pentadbiran negeri kepada Majlis Tertinggi dan Council Negeri. |
SABAH 1. Pada tahun 1950, Majlis Undangan dan Majlis Kerja ditubuhkan. 2. Majlis Undangan memberikan kuasa kepada Gabenor untuk menggubal undang-undang dalam pemerintahannya. |
PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
KRONOLOGI PEMBENTUKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN |
1877 1. Mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak menjadi titik tolak bagi pembentukan undang-undang negara. 2. Majlis Negeri Perak menggubal undang-undang di negeri Perak. 3. Selepas itu, peranan ini dijalankan oleh semua Majlis Negeri di negeri Melayu yang lain. |
1946 Undang-undang di Negeri-Negeri Selat (NNS) digubal oleh Majlis Undangan Negeri. Undang-undang di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNBM) digubal oleh Majlis Persekutuan. Undang-undang di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB) digubal oleh Majlis Negeri. |
1948 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dibentuk untuk merangkumi negeri-negeri Melayu, Melaka, dan Pulau Pinang. Perjanjian ini meliputi aspek pentadbiran, kuasa raja Melayu, perundangan, dan kewarganegaraan. |
1957 Pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan Tanah Melayu atau Suruhanjaya Reid, yang diadaptasi daripada model Westminster, telah berkuatkuasa pada 31 Ogos 1957. Ia menjadi asas perlembagaan negara kita. |
CIRI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
CIRI-CIRI |
---|
Ciri Tradisional Kesultanan atau Pemerintahan Beraja Sistem Pemerintahan Beraja: Sebelum merdeka, Negeri Melayu mengamalkan sistem pemerintahan beraja di mana raja memegang kuasa penuh. Demokrasi Berparlimen: Selepas merdeka, sistem ini disesuaikan dengan konsep Demokrasi Berparlimen. Yang di-Pertuan Agong (YDPA) menjadi pemerintah tertinggi di peringkat negara. Peringkat Negeri: Di peringkat negeri, raja berperanan sebagai ketua negeri. Beliau mempunyai kuasa eksekutif melalui Majlis Mesyuarat Negeri. Kuasa Raja: Raja juga mempunyai kuasa untuk mengurniakan anugerah, penghormatan, dan bintang kehormat. Agama Islam Zaman British: Semasa pemerintahan British, raja Melayu tidak perlu menerima nasihat dari pihak British mengenai hak dan kedaulatan raja, adat istiadat orang Melayu, dan agama Islam. Selepas Merdeka: Setelah merdeka, agama Islam diletakkan di bawah kuasa raja. Yang di-Pertuan Agong (YDPA) mempunyai kuasa terhadap negeri yang tidak beraja dan Wilayah Persekutuan. Peruntukan Agama Islam: Perlembagaan juga memperuntukkan mengenai agama Islam. Bahasa Melayu Zaman Melayu Melaka: Bahasa Melayu digunakan dalam pemerintahan Melayu Melaka. Lingua Franca dan Bahasa Ilmu: Bahasa Melayu berperanan sebagai lingua franca (bahasa perantara) dan bahasa ilmu. Bahasa Kebangsaan dan Rasmi: Kini, bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di Malaysia. Kedudukan Orang Melayu dan Bumiputera Sebelum Merdeka: Orang Melayu dan bumiputera berada di bawah kuasa raja dan ketua peribumi. Selepas Merdeka: Orang Melayu dan bumiputera Sarawak serta Sabah mempunyai kedudukan istimewa, manakala kepentingan kaum lain berada di bawah tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong (YDPA). |
Ciri Modem Kerajaan Persekutuan Kerajaan Persekutuan: Kerajaan Persekutuan mengendalikan bidang-bidang tertentu seperti pertahanan, kewangan, dan hubungan luar negeri. Kerajaan Negeri: Setiap negeri mempunyai kerajaan negeri yang memegang kuasa dalam bidang-bidang seperti pendidikan, kesihatan, dan pembangunan negeri. Autonomi Sarawak dan Sabah: Sarawak dan Sabah diberi beberapa autonomi berdasarkan Perjanjian Malaysia. Ini termasuk kuasa dalam bidang tanah dan kesihatan. Sistem Demokrasi Berparlimen Sistem Demokrasi: Perlembagaan Persekutuan menetapkan sistem demokrasi, dengan asas utamanya ialah pilihan raya umum. Tujuan Pilihan Raya: Pilihan raya membolehkan rakyat memilih wakil pemimpin dan menubuhkan kerajaan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR): SPR bertanggungjawab memastikan pilihan raya dijalankan secara adil. Pilihan Raya Persekutuan: Pilihan raya persekutuan membolehkan rakyat memilih wakil untuk membentuk Kerajaan Persekutuan. Pilihan Raya Negeri: Pilihan raya negeri membolehkan rakyat memilih wakil untuk membentuk Kerajaan Negeri. Kewarganegaraan Sebelum Merdeka: Sebelum merdeka, rakyat Melaka dan Pulau Pinang mempunyai kewarganegaraan raja dan kerakyatan British. Selepas Merdeka: Setelah merdeka, semua rakyat diberikan taraf kewarganegaraan yang sama. |
PINDAAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 1963 & 1965
Perlembagaan Tanah Melayu 1957 membentuk asas bagi Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963. Pindaan perlembagaan bertujuan untuk memasukkan peruntukan negeri baru ke dalam perlembagaan tanpa mengubah kedudukan negeri yang sedia ada
Pindaan Perlembagaan 1963 Berlaku selepas pembentukan Malaysia. Terdapat 3 perkara utama yang dipinda iaitu, | Struktur Mahkamah Atasan Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rayuan: Model Mahkamah Tertinggi England terbahagi kepada Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rayuan. Mahkamah Persekutuan Malaysia: Selepas pembentukan Malaysia, tiga Mahkamah Persekutuan diwujudkan sebagai Mahkamah Atasan. Tugas Mahkamah Persekutuan: Mahkamah Persekutuan mendengar persoalan perlembagaan dan pertikaian antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Pembentukan Mahkamah Tinggi Borneo Mahkamah Tinggi Malaya: Mahkamah Tinggi Malaya diteruskan dan berperanan dalam menguruskan soal kehakiman di Semenanjung Malaysia. Mahkamah Tinggi Borneo: Mahkamah Tinggi Borneo diwujudkan untuk menguruskan soal kehakiman di Sarawak dan Sabah. Jawatan Ketua Hakim Borneo: Jawatan Ketua Hakim Borneo diperkenalkan pada tahun 1963. Perubahan Ketua Hakim Sarawak dan Sabah: Pada tahun 1994, terdapat perubahan dalam jawatan Ketua Hakim Sarawak dan Sabah. Jawatan Yang di-Pertuan Negeri Selepas pembentukan Malaysia, Yang di-Pertuan Agong (YDPA) melantik Yang di-Pertua Negeri untuk mengetuai Sarawak dan Sabah. Berikut adalah perbezaan dalam nasihat yang perlu diikuti oleh Yang di-Pertua Negeri: Sarawak: Yang di-Pertua Negeri Sarawak perlu mengikut nasihat Majlis Tertinggi. Sabah: Yang di-Pertua Negeri Sabah perlu mengikut nasihat Kabinet Negeri. |
Pindaan Perlembagaan 1965 | Pada 7 Ogos 1965, Tunku Abdul Rahman mengemukakan usul pindaan perlembagaan yang melibatkan Singapura di Parlimen. Parlimen meluluskan pindaan ini, dan akibatnya, Singapura keluar dari Malaysia. Semua perkara yang berkaitan dengan Singapura kemudiannya dimansuhkan dalam Perlembagaan Malaysia. |
KOLEKSI LATIHAN
LATIHAN | SKEMA |
JOM CUBA KUIZ
Lubuk Soalan
Koleksi Nota Sejarah Tingkatan 5