NOTA SAINS BAB 1 TINGKATAN 5

Nota Sains Bab 1 Tingkatan 5: Mikroorganism

Nota Sains Bab 1 Tingkatan 5: Mikroorganism
Nota Interaktif: Mikroorganisma

Sains Tingkatan 5

Bab 1: Mikroorganisma

Dunia Organisma Seni & Kawalan Penyakit

Pengelasan Mikroorganisma

Mikroorganisma ialah organisma seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Klik kelas di bawah.

Faktor Pertumbuhan

  • Nutrien: Kehadiran nutrien merangsang pertumbuhan.
  • Kelembapan: Kelembapan yang tinggi menggalakkan pertumbuhan.
  • Cahaya: Alga perlukan cahaya. Kulat/Bakteria membiak baik dalam gelap.
  • Suhu: Suhu optimum (35°C – 40°C). Suhu terlampau tinggi membunuh mikroorganisma.
  • pH: Nilai pH optimum ialah pH 7 (neutral).

Flora Normal

Flora normal merujuk kepada mikroorganisma yang wujud secara semula jadi di dalam dan di luar badan manusia atau haiwan, dan tidak menyebabkan penyakit.

Kepentingan:
• Bersaing dengan patogen (mikroorganisma jahat) untuk dapatkan nutrien, lantas menghalang pembiakan patogen.
• Mensintesis vitamin B12 dan K (dalam usus).
• Merangsang pertumbuhan sistem imun.

Kegunaan Mikroorganisma & Ekoenzim

Bukan semua mikroorganisma berbahaya. Banyak yang menyumbang kepada pelbagai sektor penting.

Perubatan

Sentuh untuk butiran ↷

Bidang Perubatan

  • Antibiotik: Dihasilkan daripada kulat/bakteria (cth: Penisilin dari kulat Penicillium).
  • Vaksin: Dihasilkan daripada virus/bakteria yang mati atau dilemahkan.
  • Hormon Insulin: Dihasilkan oleh bakteria DNA rekombinan untuk pesakit diabetes.

Pertanian

Sentuh untuk butiran ↷

Bidang Pertanian

  • Pencernaan Haiwan: Bakteria dalam usus herbivor menghasilkan enzim selulase untuk mencerna selulosa (rumput).
  • Bakteria Pengikat Nitrogen: Menukar nitrogen di udara kepada nitrat (baja) di dalam tanah.

Perindustrian

Sentuh untuk butiran ↷

Bidang Perindustrian

  • Makanan: Yis digunakan untuk membuat roti penaik dan tapai. Bakteria Lactobacillus menapai susu menjadi dadih/yakult.
  • Barangan Kulit: Bakteria digunakan untuk membersihkan bulu daripada kulit haiwan.

Larutan Ekoenzim

Alternatif Bahan Pencuci Kimia

Ekoenzim ialah hasil semula jadi daripada sisa pertanian (seperti sisa buah-buahan atau sayuran) yang diolah melalui proses penapaian (fermentasi).

Kelebihan Ekoenzim
  • • Mesra alam & terbiodegradasi
  • • Menjimatkan kos (guna sisa dapur)
  • • Tidak mencemarkan saliran air
Kelemahan Pencuci Kimia
  • • Mengandungi bahan kimia toksik
  • • Mencemarkan air dan membunuh hidupan akuatik
  • • Menyebabkan alahan kulit

Pencegahan dan Rawatan Penyakit

Patogen ialah mikroorganisma yang menyebabkan penyakit. Kawalannya terbahagi kepada Mencegah (Teknik Aseptik) dan Merawat.

Teknik Aseptik (Pencegahan)

Amalan mencegah kemasukan patogen ke dalam badan atau persekitaran.

Pensterilan & Pendidihan

Suhu sangat tinggi (Autoklaf: 121°C) membunuh semua mikroorganisma termasuk spora. Pendidihan membunuh bakteria (kecuali spora).

Antiseptik

Bahan kimia (seperti iodin, alkohol 70%) disapu pada permukaan kulit luar / luka untuk membunuh bakteria.

Disinfektan

Bahan kimia (seperti peluntur) untuk membunuh bakteria pada benda bukan hidup (lantai, tandas, alatan bedah).

Sinaran (Radiasi)

Sinaran ultraungu (UV) atau Gamma digunakan untuk membunuh mikroorganisma di bilik bedah atau pada jarum suntikan.

Rawatan Penyakit
Antibiotik

Ubat untuk membunuh atau merencatkan pertumbuhan Bakteria (Contoh: Penisilin). *Tidak berkesan terhadap virus.

Antifungal

Ubat yang diformulasikan untuk membunuh Kulat/Fungi (Contoh: Ubat kurap, ubat panau).

Antiviral

Ubat yang digunakan untuk memperlahankan pembiakan Virus di dalam badan.

AWAS: Kerintangan Antibiotik Pengambilan antibiotik yang tidak dihabiskan atau tidak mengikut preskripsi doktor akan menyebabkan bakteria bermutasi dan menjadi kebal terhadap antibiotik tersebut. Ini merbahaya dan sukar dirawat pada masa akan datang.
Sistem Pembelajaran Visual KSSM | Sains Tingkatan 5 – Bab 1
Kuiz Sains: Dunia Mikroorganisma

Dunia Mikroorganisma

Sains Tingkatan 5 (Bab 1)

🔬 ANALISIS MAKMAL BIOLOGI:

Ujian interaktif ini mengandungi 10 Soalan Rawak yang akan menguji pengetahuan anda tentang pengelasan mikrob, nutrisi, patogen, teknik aseptik, dan rawatan antibiotik.

“Mencegah lebih baik daripada merawat.”
Eksperimen: 1/10 Proses Analisis

Memuatkan spesimen sains…

Fakta Saintifik:

Analisis Selesai

Keputusan Ujian Mikrobiologi Anda:

0/10 MARKAH KETEPATAN
📚 Koleksi Latihan & Skema
MODUL LATIHAN SKEMA JAWAPAN

GLOSARI

A

Alga

Mikroorganisma unisel/multisel berkloroplas. Contoh: Spirogyra sp.

A

Amoeba sp.

Protozoa unisel tanpa bentuk tetap, bergerak guna pseudopodium.

A

Antibiotik

Ubat jangkitan bakteria. Contoh: Penisilin.

A

Antifungal

Ubat jangkitan fungi. Contoh: Clotrimazole.

A

Antiseptik

Bahan kimia pada kulit/luka cegah patogen. Contoh: Ubat kuning.

A

Antiviral

Ubat jangkitan virus. Contoh: Acyclovir.

B

Bakteria

Mikroorganisma unisel pelbagai bentuk, membiak belahan dedua.

B

Belahan dedua

Pembiakan aseks satu sel membahagi dua sel seiras.

D

Disinfektan

Bahan kimia benda bukan hidup bunuh mikroorganisma. Contoh: Peluntur.

E

Ekoenzim

Hasil sisa pertanian diolah melalui proses penapaian.

F

Fungi

Kumpulan unisel (yis) atau multisel (mukor), membiak spora/pertunasan.

H

Hifa

Struktur bebenang pada fungi multisel seperti mukor.

K

Kapsid

Lapisan protein pelindung asid nukleik (DNA/RNA) dalam virus.

K

Klorofil

Pigmen hijau kloroplas alga untuk fotosintesis.

K

Konjugasi

Pembiakan seks pertemuan dua sel (bakteria/mukor).

M

Mikroorganisma

Organisma seni yang hanya boleh dilihat guna mikroskop.

M

Mukor

Fungi multisel terdiri sporangium sfera dan hifa bebenang.

P

Parasit

Organisma peroleh nutrien daripada perumah.

P

Patogen

Mikroorganisma berbahaya penyebab penyakit.

P

Pensterilan

Proses bunuh/singkir semua jenis mikroorganisma.

P

Pertunasan

Pembiakan aseks tunas tumbuh dari sel induk (yis).

P

Protozoa

Mikroorganisma unisel 5μm – 250μm secara berkoloni.

P

Pseudopodium

Unjuran sitoplasma ‘kaki palsu’ pergerakan Amoeba sp.

S

Saprofit

Organisma peroleh nutrien daripada benda mati/reput.

S

Silia

Rerambut halus pergerakan Paramecium sp.

S

Spora

Sel mikroskopik pembiakan aseks fungi.

S

Sporangium

Struktur sfera fungi membebaskan spora.

V

Virus

Mikroorganisma paling seni (< 0.5μm), membiak dlm sel perumah.

Y

Yis

Fungi unisel sfera kecil membiak secara pertunasan.

Contoh Soalan KBAT

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi • Sains T3

Q1

Bandingkan kaedah pembiakan Mukor dan Amoeba sp. serta jelaskan faktor persekitaran yang memihak kepada kemandirian spesies.

Mukor membiak secara aseks (spora) & seks (konjugasi). Amoeba membiak aseks (belahan dedua).
Aseks: Cepat & sesuai untuk keadaan stabil (nutrien cukup).
Seks: Menghasilkan variasi genetik untuk bertahan dalam persekitaran yang berubah-ubah.
Q2

Mengapa piring Petri disimpan terbalik dan di dalam almari gelap semasa eksperimen bakteria?

1. Terbalik: Mencegah titisan air pemeluwapan jatuh ke atas agar-agar yang boleh mengganggu pertumbuhan koloni.
2. Gelap: Bakteria tumbuh lebih baik tanpa cahaya. Cahaya UV boleh membunuh atau merencat pertumbuhan mereka.
Q3

Jelaskan mengapa virus dikategorikan sebagai benda hidup sekaligus bukan hidup.

Hidup: Kerana ia boleh membiak (hanya dalam sel perumah).
Bukan Hidup: Di luar perumah, ia tidak menjalankan respirasi, perkumuhan, atau pertumbuhan.