Koleksi Soalan SPA

Soalan Ujian SPA

Terokai koleksi soalan SPA Lubuksoalan yang merangkumi pelbagai subjek untuk calon-calon yang akan mengambil ujian PSEE

Himpunan Soalan SPA

Seksyen Pengetahuan AM
Syeksyen Pengetahuan AM adalah bertujuan untuk menguji pengetahuan calon terhadap perkara-perkara yang berlaku di dunia pada amnya dan isu-isu muktahir di Malaysia secara khusus. Antara topik besar yang selalu disposal dalam seksyen Pengetahuan AM adalah berkaitan dengan isu-isu semasa, hal ehwal politik, dasar-dasar awam pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, serta keselamatan negara.

Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris
Seksyen kefahaman bahasa inggeris adalah merupakan bahagian utama dalam mana-mana peperiksaan online bagi pelbagai jawatan kelayakan PMR/SPM/Diploma dan Ijazah. Dalam seksyen in calon akan diuji mengenai tahap kefahaman dalam bahasa inggeris. Soalan merangkumi petikan beserta soalan soalan kefahaman dan tatabahasa.

Seksyen Psikometrik
Seksyen Psikometrik menguji calon dengan soalan soalan yang bakal menguji personaliti dan sahsiah seseorang calon sebelum layak di panggil untuk menghadiri temuduga atau menjawat sesuatu jawatan. Ujian Psikometrik SPA akan digunakan untuk menapis calon-calon yang benar-benar berminat untuk menceburi bidang kerjaya yang dipilih.