Novel tirani

Bahasa Melayu Novel Tirani ini merangkumi nota bagi sinopsis, tema dan persoalan, watak dan perwatakan, teknik plot, plot, gaya bahasa, nilai dan pengajaran.

SINOPSIS
HURAIAN
“TIRANI” mengisahkan Waheeda, yang ingin menjadi cantik dan berjaya dalam bidang pelancongan. Setelah menjalani pembedahan rekonstruksi hidung, dia mencapai kecantikan dan kejayaan, namun mengabaikan peranannya sebagai isteri. Suaminya, Zahid, menceraikannya kerana cemburu dan wajah anak mereka yang tidak mewarisi kecantikannya. Waheeda kemudian berjaya mengurus chalet di Cameron Highlands bersama anaknya, Izzati, dan akhirnya dipertemukan semula dengan Zahid. Falsafah hidup yang dipelajari adalah bahawa kecantikan hanyalah satu tirani.
TEMA DAN PERSOALAAN
HURAIAN
TEMA
Kecantikan fizikal bersifat sementara tetapi ilmu yang dimiliki seseorang dapat melindungi
kelemahan diri.
PERSOALAN
Kecantikan sebagai Keutamaan: Dr. Alma Chen memberitahu Waheeda, “Dalam proses ini, pihak pakar kami akan mengubah dorsum atau aliran atas hidung agar mancungnya terbentuk.”

Kasih Sayang Ibu: “Ibunya baru sekejap sampai, sebenarnya berada di bangku di luar bilik ini,” kata ibunya. “Dari sejak Eda dimasukkan ke bilik bedah?” Waheeda mengumpil kesetiaan ibunya. “Kira-kira 12 jam.”

Persahabatan Lama: Ketika Waheeda menghubungi sahabatnya Bazilah, Bazilah menjawab, “Kecil tapak tangan, lapangan terbang Changi Illa tadahkan.” Waheeda menjawab, “Kaulah kawan aku dunia akhirat, terima kasih seluas negeri Sarawak.”

Tanggungjawab Anak terhadap Keluarga: Waheeda berterima kasih kepada Ghazi kerana balik ke pangkuan keluarga, melepaskan jawatannya di PETRONAS Miri untuk membantu ayahnya menguruskan Tajau Emas sejak bulan lepas.

Muafakat Keluarga: “Nampaknya kita tidak perlu bertolak ke rumah pihak perempuan,” kata Datuk Yasser kepada wakil rombongan dari keluarga terdekat serta kenalan. “Kita buat lain kali,” katanya optimis.
WATAK PERWATAKAN
Watak Utama
Waheeda Nurlyana
1) Seorang yang Gigih:

Sebagai pengusaha Chalet Tajau Emas, Waheeda Nurlyana telah berusaha sedaya upaya untuk mengembangkan perniagaan di sektor pelancongan, menyediakan pakej ekopelancongan dan agropelancongan walaupun menghadapi saingan sengit dari pengusaha hotel dan chalet lain.

2) Seorang yang Penyayang:
Waheeda sangat mencintai suaminya, dan akibat tindakan Zahid menceraikannya, dia mengalami masalah kemurungan dan migrain postpartum.

3)Seorang yang Bijak Bertindak:
Waheeda bijak mengatasi masalah kemurungannya dengan mendapatkan rawatan dan khidmat pakar kaunseling Qamariah di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI Kuala Lumpur).

4) Seorang yang Tegas:
Waheeda tegas dan nekad dengan keputusannya untuk melakukan rekonstruksi pada bahagian mata dan hidungnya walaupun bercanggah dari sudut agama Islam.
Watak Sampingan

Raidah

1) Seorang yang penyayang:

Raidah, ibu Waheeda berusaha dan sanggup pergi ke Singapura semata-mata untuk menemani anak gadisnya itu menjalani pembedahan mata dan hidung di Silicon Medical Center (SMC), Singapura. Raidah sanggup menemani Waheeda ketika mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling atas penyakit kemurungannya di Pusat Rawatan Islam. (PUSRAWI) K.L.

2) Seorang yang menghargai budaya dan warisan bangsa:

Emak Waheeda Iaitu Raidah menyedikaan hidangan tradisional masyarakat Sarawak contohnya pansuh manok, terubuk panggang , dan bubur pedas untuk hidangan para tetamu yang menginap di chalet mereka.
Izzati
1) Seorang yang menghargai budaya dan warisan bangsa:

Waheeda meminta Izzati menggantung Kain Pua Kumbu sarawak di atas pintu masuk Restoran Iwani dan Kafe Iwani di Chalet Aya –Sajinah, Camerons Highlands untuk mengekalkan budaya dan warisan peribumi Sarawak.
Datin Hazirah
1) Seorang yang penyayang:

Datin Hazirah membawa sejambangan bunga dan sekeping kad ucapan yang kononnya
daripada Zahid untuk menjaga perasaan menantunya, Waheeda.
Pak Cik Aziz
1) Seorang yang bijak bertindak:

Pak Cik Aziz meminta Waheeda dan Ghazi mengambil alih perusahaan Chalet Iwana-Iwani sebelum pihak bank menyita segala aset perniagaan beliau
Zahid
1) Seseorang yang menyesal dan insaf akan kesilapan yang telah dilakukan:

Zahid mengakui kesalahannya dan menangis teresak-esak kerana menyesal atas perbuatan lampaunya menceraikan Waheeda tanpa usul periksa dan mempertikaikan status kelahiran anak kandungnaya, Izzati.
Bazilah
1) Seorang yang menghargai hubungan persahabatan :

Bazilah telah membenarkan Waheeda tinggal bersama-sama dengannya ketika berada di Singapura. Bazilah sentiasa menemani Waheeda ketika pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Waheeda terkenang kembali keakraban ketika bersama-sama sahabatnya Bazilah setelah dia berpindah dari rumah Pangsa Yishun ke Hotel Flamingo
BINAAN PLOT

Pengenalan
Waheeda sangat mengambil berat tentang penampilan wajahnya dan sering melayari laman sesawang mengenai kecantikan wajah serta pembedahan plastik. Dia mempunyai keinginan kuat untuk menjalani pembedahan plastik bagi memperbaiki, memulih, dan menjaga kekemasan diri. Bagi Waheeda, pembedahan plastik adalah cara untuk meningkatkan keyakinan dan memastikan wajahnya kelihatan menarik.
Perkembangan
Monyet berhidung besar atau monyet Belanda yang menyerang Chalet Tajau Emas menyebabkan suasana menjadi kelam-kabut apabila penghuni dan pekerja-pekerja lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri daripada digigit monyet itu. Monyet itu telah menyerang dan mengigit muka Waheeda. Waheeda dibawa ke hospital oleh Raidah dan Fadhil. Dr Zakaria telah menjahit luka pada kulit pipi dan hidung Waheeda. Waheeda ke Singapura untuk bertemu dengan Dr. Alma Hollis Chen yang bertugas di
Silicon Medical Center (SMC) yang akan menguruskan proses pembedahan mata dan hidungnya. Waheeda menjalani pembedahan pembetulan pada kelopak matanya yang dijalankan oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh manakala pembedahan hidungnya dijalankan oleh Dr. Averroes atau Dr. Rushdi.
Perumitan
Halloway dan Dr Rushdi membuat kejutan mengunjungi penginapan Waheeda di Matang dan kedatangan mereka mencetuskan rasa cemburu suaminya. Waheeda leka berbual dengan Halloway dan Dr. Rushdi disebabkan mereka sudah lama tidak bertemu sekali lagi mendatangkan rasa cemburu kepada suaminya , Zahid. Malam itu berlaku krisis antara Zahid dan Waheeda sehingga Zahid mengambil keputusan untuk tidak pulang ke bilik tidurnya. Raidah dapat merasakan sikap menantunya semakin menjauhkan diri daripada isterinya, Waheeda dan seluruh ahli keluarganya. Waheeda selamat melahirkan bayi perempuan di bilik wad eklusif Hospital pakar Normah, Zahid tidak datang menjenguk bayinya. Waheeda meminta dan merayu suaminya agar melihat hasil laporan DNA apabila suaminya, Zahid mempertikaikan status Izzati sebagai
anak kandungnya.
Klimaks
Zahid bertindak nekad untuk menceraikan isterinya, Waheeda dengan talak satu disebabkan faktor cemburu dan sikap curiganya yang terlampau itu.Waheeda mengalami masalah kemurungan dan masalah migrain dan meroyan akibat tindakan Zahid yang kejam kerana dia terlalu mencintai suaminya itu.
Peleraian
Ghazi dan Raidah menemani Waheeda untuk mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala Lumpur. Waheeda dan Ghazi membeli dan mengusahakan Chalet Iwana-Iwani milik Pak Cik Abdul Aziz yang terletak di Cameron Highlands dengan menukarkan nama chalet itu kepada Aya-Sajinah. Selepas 20 tahun, Zahid dan Aiman yang kebetulan menginap di Chalet Aya-Sajinah, berehat di Cafe Iwani dan bersembang tentang pelbagai perkara terutamanya perihal keinsafannya atas kesilapan masa silam. Zahid menangis apabila memberitahu dan mengesahkan bahawa Izzati merupakan anak kandungnya dan Waheeda, ibu Izzati merupakan insan yang dicarinya selama ini. Zahid meluahkan penyesalannya atas kesalahan besarnya terhadap Waheeda dan anak kandung mereka, Izzati. Lais cuba mententeramkan perasaan Zahid dan Waheeda manakala Izzati pula memujuk ibunya agar memaafkan bapanya, Zahid.
LATAR
LATAR MASYARAKAT
1) Masyarakat yang mengamalkan nilai kasih sayang dalam kehidupan

Raidah, ibu Waheeda berusaha dan sanggup pergi ke Singapura semata-mata untuk menemani anak gadisnya itu menjalani pembedahan mata dan hidung di Silicon Medical Center (SMC), Singapura. Raidah sanggup menemani Waheeda ketika mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling atas penyakit kemurungannya di Pusat Rawatan Islam. (PUSRAWI) K.L. Datin Hazirah membawa sejambangan bunga dan sekeping kad ucapan yang kononnya daripada Zahid untuk menjaga perasaan menantunya, Waheeda. Waheeda yang terlalu mencintai suaminya telah mengalami masalah kemurungan dan migran meroyan akibat tindakan Zahid yang menceraikannya.

2) Masyarakat yang berani mengambil risiko dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.

Waheeda membuat pinjaman baharu daripada tabung usahawan siswazah, Bank Pembangunan utnuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang ingin dijual oleh pemiliknya, Abdul Aziz Imran.

3) Masyarakat yang bijak bertindak dalam menyelesaikan masalah.

Waheeda bijak mengatasi masalah kemurungannya dengan mendapatkan rawatan dan khidmat pakar kaunseling Qamariah di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI Kuala Lumpur) Waheeda mendapat khidmat kawannya Nurjihan untuk menyerahkan sampel rambut suami, Izzati dan dirinya sendiri untuk membuat ujian DNA bagi membuktikan bahawa Izzati adalah anak kandung mereka. Pak Cik Aziz meminta Waheeda dan Ghazi mengambil alih perusahaan Chalet Iwana-Iwani sebelum pihak bank menyita segala aset perniagaan beliau. Masyarakat yang tegas dalam membuat tindakan dan keputusan. Waheeda tegas dan nekad dengan keputusannya untuk melakukan rekonsitraksi pada bahagian mata dan hidungnya walaupun bercanggah dari sudut agama Islam. Waheeda bertegas tidak mahu menerima cadangan bapa mentuanya Datuk Yasser untuk mengabungkan perusahaan Seri Gading-Tajau Emas

4) Masyarakat yang tabah menghadapi dalam kehidupan khususnya dalam rumah tangga
Sebagai ibu tunggal Waheeda tabah mendidik dan membesarkan anaknya Izzati sejak lahir di samping menguruskan perniagaan pelancongannya setelah diceraikan oleh suaminya Waheeda tabah dan bersabar menghadapi karenah suaminya Zahid yang kuat cemburu dan panas baran.
GAYA BAHASA

DIKSI BAHASA INGGERIS
All Yahoo! Health, Shopping Mall, Weeping willow , Gentleman , Baby , Business , Coffee house, Erectile Dysfunction
DIKSI BAHASA ARAB
Al-Fatihah , Subhanallah , Wallahuaklam bissawab , Insya-Allah , Assalamualaikum,
Bismillah
DIKSI MELAYU SARAWAK
Kerisit kerumun, tekul, bertekul, ditekul, mereya , jembuk, nasi temuan.
PERIBAHASA

Simpulan bahasa

Waheeda senyum kambing mengingatkan kain sarung…
…panjang lebarpula lontaran buah fikirannya…
Waheeda digamit seronok berkawan dengan ulat buku…
Kaumyang degil dan keras kepala ialah kaum Aragon”…
Perumpamaan, pepatah dan bidalan
PERSONIFIKASI
Pemberian sifat manusia kepada benda-benda mati seperti objek atau benda
METAFORA
Perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan perkataan seperti, bagai, bak, laksana, umpama, macam, dan sebagainya.
HIPERBOLA
Hiperbola merupakan perbandingan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan
PARADOKS
Paradoks merupakan gaya bahasa yang mempertentangkan kata-kata dalam ayat.Paradoks juga memperlihatkan satu keadaan atau suasana yang berlawanan
NILAI
Nilai Kegigihan
Sebagai pengusaha Chalet Tajau Emas,Waheeda Nurlyana telah berusaha sedaya-upaya untuk mengembangkan perniagaan di bawah sektor pelancongan itu. Waheeda turut menyediakan pakej pelancongan yang berbentuk ekopelancongan dan agropelancongan kepada pengusaha walaupun menerima saingan sengit daripada pengusaha hotel dan chalet yang lain.
Nilai kasih sayang
Raidah, ibu Waheeda berusaha dan sanggup pergi ke Singapura semata-mata untuk menemani anak gadisnya itu menjalani pembedahan mata dan hidung di Silicon Medical Center (SMC), Singapura.
Nilai Keberanian
Waheeda membuat pinjaman baharu daripada tabung usahawan siswazah, Bank Pembangunan utnuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang ingin dijual oleh pemiliknya, Abdul Aziz Imran.
Nilai Kebijaksanaan
Waheeda bijak mengatasi masalah kemurungannya dengan mendapatkan rawatan dan khidmat pakar kaunseling Qamariah di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI Kuala Lumpur) Waheeda mendapat khidmat kawannya Nurjihan untuk menyerahkan sampel rambut suami, Izzati dan dirinya sendiri untuk membuat ujian DNA bagi membuktikan bahawa Izzati adalah anak kandung mereka
Nilai Ketegasan
Waheeda tegas dan nekad dengan keputusannya untuk melakukan rekonsitraksi pada bahagian mata dan hidungnya walaupun bercanggah dari sudut agama Islam. Waheeda bertegas tidak mahu menerima cadangan bapa mentuanya Datuk Yasser untuk mengabungkan perusahaan Seri Gading-Tajau Emas
PENGAJARAN
Kita hendaklah gigih dalam menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan

Sebagai pengusaha Chalet Tajau Emas,Waheeda Nurlyana telah berusaha sedaya-upaya untuk mengembangkan perniagaan di bawah sektor pelancongan itu. Waheeda turut menyediakan pakej pelancongan yang berbentuk ekopelancongan dan agropelancongan kepada pengusaha walaupun menerima saingan sengit daripada pengusaha hotel dan chalet yang lain.
Kita hendaklah mengamalkan nilai kasih sayang untuk mempererat hubungan antara ahli keluarga.

Raidah, ibu Waheeda berusaha dan sanggup pergi ke Singapura semata-mata untuk menemani anak gadisnya itu menjalani pembedahan mata dan hidung di Silicon Medical Center (SMC), Singapura
Kita hendaklah berani menghadapi risiko dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan

Waheeda membuat pinjaman baharu daripada tabung usahawan siswazah, Bank Pembangunan utnuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang ingin dijual oleh pemiliknya, Abdul Aziz Imran.
Kita hendaklah bijak dalam mencari ikhtiar menyelesaikan masalah yang dihadapi

Waheeda bijak mengatasi masalah kemurungannya dengan mendapatkan rawatan dan khidmat pakar kaunseling Qamariah di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI Kuala Lumpur) Waheeda mendapat khidmat kawannya Nurjihan untuk menyerahkan sampel rambut suami, Izzati dan dirinya sendiri untuk membuat ujian DNA bagi membuktikan bahawa Izzati adalah anak kandung mereka
Kita hendaklah tegas dalam membuat tindakan dan keputusan

Waheeda tegas dan nekad dengan keputusannya untuk melakukan rekonsitraksi pada bahagian mata dan hidungnya walaupun bercanggah dari sudut agama Islam. Waheeda bertegas tidak mahu menerima cadangan bapa mentuanya Datuk Yasser untuk mengabungkan perusahaan Seri Gading-Tajau Emas