NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS

Novel songket berrbenang emas

Bahasa Melayu Novel Songket Berbenang Emas ini merangkumi nota bagi sinopsis, tema dan persoalan, watak dan perwatakan, teknik plot, plot, gaya bahasa, nilai dan pengajaran.

SINOPSIS
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah melanda keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah tekanan mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari. Adik lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak berminat untuk belajar. Situasi ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila hubungannya dengan Azhari dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah atas kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.
TEMA DAN PERSOALAN
TEMA
Tema novel ini ialah ketabahan seorang gadis menghadapi dugaan hidup.
PERSOALAN
1) Persoalan tentang kejayaan hasil daripada kegigihan dalam pelajaran.

Dahlia tetap mengutamakan pelajarannya dengan meminjam nota dan bertanyakan kepada Kavita dan Siti Wangi walaupun terpaksa membantu ayahnya menguruskan rumah tangga setelah ibunya di hantar ke hospital untuk menerima rawatan

2) Persoalan kemiskinan dalam masyarakat kampung

Dalam dunia moden hari ini, masih ada masyarakat kampung yang masih miskin dan memerlukan bantuan untuk menjalani kehidupan. Contohnya keluarga Embong yang masih miskin dan terpaksa berhutang dengan Tauke Lim untuk membeli barang-barang keperluan harian.

3) Persoalan berani bertindak dalam menghadapi situasi yang bahaya.

Embong berjaya mengalahkan ular sawa yang cuba membelitnya sewaktu memotong kelapa sawit di ladang.

4) Persoalan bantu-membantu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang lain.

Kavita membantu Dahlia mengulang kaji pelajaran dengan memberikan nota pelajaran sepanjang ketidakhadirannya ke sekolah. Najib cuba menghulurkan bantuan kewangan semasa Nek Kiah beria-ia ingin menjual tanahnya yang menjadi tempat tinggal Dahlia dan keluarganya.

5) Persoalan pengamalan ilmu hitam dalam kalangan masyarakat.
Penemuan dua biji telur ayam berwarna hitam yang berisi jarum, cincin akek, butiran pasir dan dua batang paku oleh Abu Bakar di bawah rumah mereka menunjukkan bahawa masyarakat masih mengamalkan ilmu hitam untuk menganiaya orang.
WATAK DAN PERWATAKAN
WATAK UTAMA
Dahlia

1) Anak sulung
harapan keluarga mempunyai lima orang adik. Seorang yang bakal menduduki STPM- Pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggung Ibrahim. Tertekan dengan masalah yang menimpa keluarganya.

2) Seorang yang bijak
Cikgu Hisyam yakin Dahlia akan cemerlang dalam STPM. Dahlia merupakan pelajar harapan sekolah. Dahlia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Jepun. Hidup dalam suasana kemiskinan – berhutang dengan Tauke Lim.

3) Seorang yang tidak sombong
melayan Aton yang menyindirnya ketika dihantar pulang oleh Azhari.

4) Seorang yang taat akan perintah Allah
berdoa selepas sembahyang Isyak.

5) Seorang yang penyayang
sanggup keluar dari asrama untuk menguruskan adik-adiknya.

6) Seorang yang menghormati tetamu
memberi layanan yang baik kepada tetamu menghidangkan air walaupun neneknya tidak suka akan keluarganya.

7) Seorang yang menjaga tatasusila budaya
akur kepada budaya Melayu yang melarang keras perbuatan membantah kata-kata orang tua.

8) Seorang yang berani
Dahlia terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Said.

9) Seorang yang berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan.

10) Seorang yang bertanggungjawab-
Dahlia bertanggungjawab menjaga makan minum abah dan adik-adiknya setelah emaknya dirawat di hospital.
WATAK SAMPINGAN

Saleha
1) Ibu Dahlia.
2) Berumur 39 tahun.
3) Mempunyai enam orang anak (Dahlia, Melati, Kiambang, Mawar, Anggerik dan Abu Bakar)
4) Menghidap penyakit kemurungan akibat terkena buatan orang.
5) Bekerja sebagai penoreh getah.
6) Seorang yang penyayang – semasa sihat, beliau yang menjaga semua keperluan anak-anaknya.
Embong
1) Bapa Dahlia
2)Berasal dari Melaka.

3) Seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab. Beliau tidak mahu anak-anaknya berhenti sekolah dan mengatakan beliau akan bertanggungjawab menyara kehidupan mereka walaupun isterinya sakit.

4) Seorang yang penyayang sangat menyayangi isteri dan anak-anaknya.

5) Seorang yang percaya akan kehendak takdir – Isterinya menjadi kurang siuman.

6) Seorang yang penyabar – Sanggup dihina oleh ibu mentuanya sendiri kerana hidup miskin.

7) Seorang yang mementingkan ilmu untuk anak-anaknya – menyuruh Dahlia pergi ke sekolah dan akan menguruskan hal adik-adik Dahlia.

8) Seorang yang berani – Embong berani membunuh ular sawa yang membelit badannya.
Azhari
1) Berkumis nipis, bermuka bulat, tinggi dan kacak.
2) Pelajar senior di sekolah Dahlia iaitu Sekolah Menengah Tun Ismail.
3) Berpendidikan tinggi – baru mendapat segulung ijazah.
4) Suka akan Dahlia
5) Seorang yang suka memberi nasihat- menyuruh Dahlia belajar bersungguh-sungguh.
6) Seorang yang pandai memujuk- Dia pandai memujuk Dahlia agar menerima lamarannya.
Siti Wangi
1) Sahabat Dahlia
2) Bermuka bulat dan sentiasa ceria
Tauke Lim
1) Seorang yang suka membantu keluarga Dahlia – sanggup membantu keluarga Dahlia dengan memberi hutang. Beliau juga sanggup memberi wang kepada Embong untuk dibayar kepada Nek Kiah yang berhasrat menjual tanah tempat mereka tinggal.

2) Seorang yang baik budi kerana memberi keluarga Dahlia berhutang

3) Seorang yang prihatin akan masalah orang lain- Sangat prihatin atas nasib keluarga Embong

4) Seorang yang pemurah – menyumbangkan barang-barang untuk sambutan Maulidur Rasul. Beliau juga memberi wang sebanyak RM300 kepada Dahlia yang akan melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya sebelum ke Jepun.

5) Seorang yang setia kawan – menganggap dia dan Embong sudah berkawan lama.

6) Seorang yang pandai bergaul- Walaupun Tauke Lim berbangsa Cina tetapi beliau amat disenangi oleh orang-orang kampung kerana pandai bergaul.
Nek Kiah
1) Ibu Saleha
2) Suka membandingkan antara anaknya – Nek Kiah suka membandingkan
anak-anaknya dengan keluarga Dahlia yang hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah lebih menyayangi cucu-cucunya yang lain.

3) Tidak suka akan keluarga Dahlia kerana hidup dalam kemiskinan – Nek Kiah tidak suka akan keluarga Dahlia. Apabila keluarga Dahlia dalam kesusahan, dia langsung tidak membantu malah menyalahkan Saleha yang berkahwin dengan Embong yang tidak diketahui asal usulnya.

4) Seorang yang pemarah

5) Seorang yang suka mempercayai perkara tahyul- Nek Kiah mengatakan rumah Dahlia ada hantu. Dia menggores kapur di setiap pintu kerana dipercayai boleh menghalau hantu.

6) Seorang yang mementingkan diri- Nek Kiah tidak mengambil tahu akan keperitan hidup cucunya setelah Saleha dimasukkan ke hospital.
BINAAN PLOT
PERMULAAN

Dahlia pelajar tingkatan enam atas sedang menjalani latihan bola jaring di padang bola jaring. Mereka berlatih kerana ada perlawanan dengan pelajar-pelajar enam rendah.

Semasa berhenti rehat, Dahlia teringat akan emaknya yang hilang ingatan. Azhari datang menemuinya di kantin sekolah dan memberitahu dia sudah tamat pengajiannya di universiti.

Dia menyuarakan hasrat mahu merisik Dahlia. Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke rumahnya di Kampung Parit Haji Rais.
PERKEMBANGAN

Dahlia amat sedih apabila melihat keadaan emaknya, Saleha yang berada di kebun getah pada waktu senja. Emaknya sudah tidak mengenalinya lagi. Dahlia dan abahnya memujuk emaknya balik ke rumah dengan bantuan orang kampung. Nek Kiah menyalahkan Embong yang menyebabkan Saleha menjadi kurang siuman.

Dengan bantuan Haji Sulaiman, Saleha dibawa ke Hospital Batu Pahat dan seterusnya dihantar ke Hospital Permai di Johor Bahru kerana keadaannya semakin serius.

Dahlia terpaksa keluar dari asrama dan kerap ponteng sekolah kerana menguruskan adik-adiknya. Ayah Dahlia pula dimasukkan ke wad kerana dipatuk ular.
PERUMITAN

Seman telah datang ke rumah Nek Kiah dan memujuknya untuk menjual tanah yang menjadi kawasan tempat tinggal Dahlia sekeluarga. Nek Kiah mahu Dahlia dan keluarganya berpindah sekiranya tidak mampu membayar
sebanyak RM15,000. Dahlia tertekan kerana keluarganya tidak mampu untuk menyediakan wang sebanyak itu.

Aton menyalahkan Dahlia yang menyebabkan anaknya, Said mati lemas sedangkan Dahlia telah berusaha untuk menyelamatkan Said. Nek Kiah memandang serong terhadap Dahlia atas kehadiran Azhari dan Najib ke
rumah Dahlia. Begitu juga dengan Aton yang sering menyindir Dahlia.

Najib cuba untuk memikat hati Dahlia. Begitu juga dengan Azhari yang telah datang merisik Dahlia kerana bimbang Dahlia dipikat oleh orang lain.

Penduduk kampung sudah jarang mengamalkan sikap bantu-membantu dan prihatin terhadap orang lain. Selaku ketua kampung Haji Sulaiman menasihati orang-orang
kampungnya agar bersatu dan prihatin kepada jiran tetangga.
Klimaks

Abu Bakar menjumpai kain merah yang sudah reput yang membungkus telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir dan paku. Dahlia menyuruh Abu bakar membuangnya ke sungai. Selepas itu, Saleha sudah sembuh dan dibenarkan pulang ke rumahnya. Nek Kiah pula sakit dan dirawat di hospital selama dua hari. Keluarga Dahlialah yang menjaganya. Setelah keluar dari wad, Nek Kiah tinggal dengan keluarga Dahlia sehingga benar-benar pulih. Nek Kiah mula berubah dan berbaik semula dengan keluarga Dahlia.

Banjir yang berlaku di Kampung Parit Haji Rais telah membawa hikmah apabila penduduk kampung bersatu dan bergotong-royong membina rumah Embong yang roboh dilanda banjir setelah dinasihati oleh Haji Sulaiman.
PELERAIAN

Dahlia tinggal di asrama semula kerana peperiksaan STPM semakin hampir. Keluarga Azhari menetapkan tarikh pertunangan Dahlia selepas peperiksaan STPM tamat.

Kedatangan Cikgu Daim membawa berita gembira apabila Dahlia terpilih untuk mengikuti pengajian di Jepun selama empat tahun. Sebelum ke Jepun ,Dahlia perlu mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan.

Majlis pertunangan Dahlia terlewat kerana jurucakap majlis lewat sampai. Azhari datang berjumpa Dahlia di stesen bas sebelum Dahlia bertolak ke Kuala Lumpur. Dia telah menghadiahkan songket berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia. Azhari mahu Dahlia menjaga jati dirinya sebagai orang Melayu walaupun berada di mana-mana jua.
LATAR TEMPAT
LATAR TEMPAT

1) Padang bola jaring – Dahlia berlatih bola jaring bersama dengan rakannya, Siti Wangi.

2) Kantin – Tempat Azhari menunggu Dahlia. SMK Tun Ismail – lima kilometer dari kampung halaman, tempat Azhari dan Dahlia pernah belajar sewaktu Dahlia Tingkatan satu dan Azhari Tingkatan Lima. Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim- Dahlia menimba ilmu sebagai pelajar tingkatan enam. Dia tinggal di asrama sekolah ini.

3) Bilik Kerjaya– Dahlia bertemu dengan Cikgu Hisyam di bilik ini, Cikgu Hisyam mendapat tahu masalah Dahlia daripada Kavita.

4) Kebun getah – 20 meter dari rumah seluas lima ekar tempat Saleha menoreh getah.

5) Kampung Parit Haji Rais – Tempat tinggal Dahlia. Di sini, Dahlia menjaga
adik-adiknya, Melati, Kiambang, Mawar, dan Anggerik setelah emaknya dirawat di hospital.

6) Hospital Batu Pahat (Wad 6) – Tempat Saleha dibawa untuk mendapatkan rawatan pada peringkat awal

7) Hospital Batu Pahat (Wad 4) – Ayah Dahlia dirawat di hospital ini setelah dipatuk ular.

8) Hospital Permai, Johor Bahru – Tempat emak Dahlia dirawat di bilik 16. Di sini juga Azhari bekerja sementara setelah mendapat segulung ijazah.

9) Sungai – kira-kira 45 meter dari rumah Dahlia – Dahlia cuba menyelamatkan Said yang lemas di sungai ini.

10) Kebun kelapa sawit di Parit Haji Kadir– Kira-kira dua kilometer dari rumah Dahlia di sinilah Embong memotong kelapa sawit setelah pulang dari rumah Aton. Di kebun kelapa sawit inilah ular sawa telah membelit Embong.
Sekolah Kebangsaan Jelotong- Said dan Melati bersekolah di sini.

11) Rumah Aton kira-kira 150 meter dari rumah Dahlia. – Dahlia disindir oleh Aton kerana dikatakan Dahlialah yang menyebabkan Said mati lemas.

12) Balai raya Kampung Parit Haji Rais– Beberapa orang penduduk bergotong – royong semasa majlis sambutan Maulidur Rasul. Selain itu, di sini juga menjadi tempat pemindahan mangsa banjir yang berlaku di kampung Dahlia.
LATAR MASA

1) Petang – Azhari menghantar Dahlia balik ke kampungnya dari asrama.

2) Maghrib – Sehingga maghrib Saleha belum pulang ke rumah.

3) Pagi– Dahlia menunggu bas untuk ke sekolah

4) Malam – Haji Sulaiman datang bersama dengan tiga orang pekerja hospital

5) Empat bulan sebelum peperiksaan STPM – Cikgu Salwani tidak membenarkan Dahlia keluar dari asrama kerana periksaan STPM hanya tinggal empat bulan sahaja.

6) Pukul 8:30 malam – Kambing Embong hilang dicuri orang.

7) Pukul 3:41 petang –Dahlia menunggu di luar wad untuk melawat abahnya.

8) Tidak sampai seminggu – Embong dirawat di Hospital Batu Pahat.

9) Pada waktu petang selepas solat Jumaat– Abu Bakar menemui Dahlia dan bertanyakan sama ada ayah mereka masih marah akan tindakannya menjual kambing ayahnya.
LATAR MASYARAKAT
1) Masyarakat kampung
Mereka tinggal di Kampung Parit Haji Rais. Haji Sulaiman merupakan ketua kampung di situ. Masyarakat kampung yang lain ialah Mak Aji, Aton, Embong, Tauke Lim dan lain-lain. Mereka hidup bekerjasama antara satu sama lain setelah dinasihati oleh Haji Sulaiman semasa gotong-royong untuk sambutan Majlis Maulidur Rasul.

2) Masyarakat guru
Cikgu Salwani (Warden asrama) dan Cikgu Hisyam, guru kelas Dahlia. Cikgu Salwani marah apabila Dahlia mengambil keputusan untuk keluar dari asrama. Cikgu Hisyam menasihati Dahlia supaya meneruskan persekolahannya kerana dia sorang yang bijak

3) Masyarakat pelajar
Dahlia, Siti Wangi, Najib dan Kavita merupakan pelajar sekolah. – Mereka bersekolah di Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim. Mereka mewakili pelajar yang aktif dalam kokurikulum.

4) Masyarakat yang saling membantu
Haji Sulaiman selaku ketua kampung membantu keluarga Dahlia / Tempat Embong meluahkan perasaan. Tauke Lim membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia.

5) Masyarakat yang bertanggungjawab
Haji Sulaiman bertanggungjawab membantu anak buahnya, Embong yang menghadapi masalah.

6) Masyarakat remaja yang terpengaruh dengan rakan sebaya
Abu Bakar, adik Dahlia suka berseronok dengan rakan-rakannya dan tidak mahu membantu keluarga mereka yang menghadapi masalah. Dia hanya pulang ke rumah untuk menukar baju sahaja.

7) Masyarakat yang insaf akan kesilapannya – Abu Bakar insaf akan kesilapannya yang suka membuang masa dengan rakan-rakannya. Dia juga insaf akan kesalahannya yang telah mencuri kambing milik abahnya sendiri. Nek Kiah akhirnya insaf akan sikapnya terhadap keluarga Dahlia apabila Dahlia dan emaknya yang banyak membantu beliau ketika sakit sedangkan anak-anak yang selama ini amat disayangi langsung tidak menziarahinya.

Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidup
Embong tabah menghadapi keadaan hidup mereka sekeluarga yang hidup dalam kemiskinan. Embong juga tabah apabila beliau tidak disukai oleh ibu mentuanya, Nek Kiah. Embong tabah apabila isterinya mengalami masalah mental.

8) Masyarakat yang penyayang
Embong sangat menyayangi anak-anaknya. Beliau sanggup bekerja dari pagi hingga malam untuk menanggung keluarganya. Dahlia juga amat menyayangi adik-adiknya. Dia sanggup ponteng sekolah apabila Anggerik sakit. Saleha juga merupakan emak yang penyayang. Semasa beliau sihat, beliaulah yang menjaga keperluan keenam-enam anaknya itu.

9) Masyarakat remaja yang terlibat dalam percintaan
Azhari mencintai Dahlia. Walaupun dia mengetahui Dahlia mempunyai emaknya yang menghidap tekanan mental dan hidup dalam kemiskinan namun akhirnya dia tetap melamar Dahlia . Najib juga mencintai Dahlia. Dia mengambil berat apabila Dahlia kerap ponteng sekolah.
GAYA BAHASA
1) Repetisi – Contohnya : itulah madu, itulah racun. Menerima salah, menolak juga salah.

2) Metafora – Contohnya: gunung harapan, kotak fikirannya.

3) Simile – Contohnya : macam neraka, bagai hendak tersiat-siat hatinya, seperti mahu menelan.

4) Peribahasa – Contohnya : sudah terang lagi bersuluh, biar alah membeli, menang memakai.

5) Personifikasi – Contohnya : Motosikalnya mengaum membelah kesunyian pagi, bahang kepanasan bertakung di pelupuk mata, rumahnya roboh ditelan air.

6) Hiperbola – Contohnya : kepiluan kian menggunung.

7) Bahasa asing – Contohnya : Bahasa Inggeris – the best men win!

8) Bahasa Jepun – Koi-bito. Bahasa Indonesia – ongkos. Bahasa Arab –
Assalamualaikum, bismillah, insya-Allah.
NILAI
1) Nilai kasih sayang

Kasih sayang anak terhadap ibu bapanya – Contohnya:
Dahlia amat menyayangi ibunya walaupun ibunya menghidap penyakit kemurungan.

Kasih sayang kakak terhadap adik-adiknya- Contohnya: Dahlia sanggup keluar dari asrama semata-mata mahu menjaga adik-adiknya selepas ibunya dimasukkan ke hospital.

2) Nilai keberanian
Embong berani membunuh ular sawa yang cuba membelitnya.
Dahlia berani terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Said.

3) Nilai setia kawan
Kavita seorang yang setia kawan apabila dia sanggup membuat salinan nota-nota untuk diberikan kepada Dahlia yang kerap tidak hadir ke sekolah kerana masalah keluarganya.

4) Nilai pengorbanan – Dahlia sanggup berkorban demi menjaga adik-adiknya sewaktu emaknya dirawat di hospital. Dia sanggup ponteng sekolah kerana ingin menguruskan adik-adiknya dan menjaga adiknya, Anggerik yang sakit. Dahlia juga sanggup keluar dari asrama sedangkan hanya tinggal beberapa bulan lagi sebelum menduduki STPM.

5) Nilai keikhlasan
Tauke Lim ikhlas membantu keluarga Dahlia tanpa mengharapkan sebarang balasan. Beliau juga ikhlas memberi hutang kepada keluarga Dahlia. Beliau ikhlas memberi wang sebanyak RM300 untuk perbelanjaan Dahlia di Universiti Malaya. Beliau ikhlas memberi sumbangan barang barang sewaktu sambutan Maulidur Rasul yang diadakan di balai raya.

6) Nilai nasihat-menasihati
Haji Sulaiman menasihati penduduk Kampung Parit Haji Rais supaya mengamalkan sikap bekerjasama dan sedia membantu jiran tetangga yang susah. Cikgu Hisyam menasihati Dahlia agar ke sekolah kerana dia merupakan pelajar yang berpotensi untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM.

7) Nilai kerjasama
Penduduk kampung bekerjasama setelah ditegur oleh Haji Sulaiman. Mereka bekerjasama membina rumah Embong yang roboh dilanda banjir. Penduduk kampung juga bekerjasama mengumpulkan wang untuk diserahkan kepada Dahlia yang akan melanjutkan pelajaran.

8) Nilai keinsafan
Abu Bakar menyesal kerana terpengaruh oleh kawan-kawannya sehingga sanggup mencuri kambing milik bapanya.

9) Nilai kegigihan
Dahlia gigih belajar di balai raya sewaktu rumahnya di landa banjir untuk mencapai kejayaan dalam STPM. Dahlia gigih belajar dengan menyiapkan kerja rumahnya walaupun terpaksa menguruskan adik-adiknya setelah emaknya dimasukkan ke hospital.

10) Nilai Ketabahan
Dahlia tabah mengharungi dugaan dalam hidupnya. Dia tabah apabila emaknya sakit dan abahnya dipatuk ular. Dahlia juga tabah apabila mendapat tahu neneknya mahu menjual tanah tempat tinggal mereka.
PENGAJARAN
1) Kita hendaklah membantu orang lain yang berada dalam kesusahan.
2) Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sebarang tugasan.
3) Kita janganlah berprasangka buruk terhadap orang lain.
4) Kita mestilah insaf setelah melakukan kesalahan.
5) Kita mestilah nasihat-menasihati antara satu sama lain.
6) Kita mestilah bersatu padu demi keharmonian hidup.
7) Kita mestilah menyayangi ahli keluarga kita.
8) Kita mestilah berani berhadapan dengan sebarang masalah.
9) Kita mestilah tabah dalam menempuh dugaan hidup.
10) Kita mestilah gigih belajar untuk mencapai kejayaan.
11) Kita mestilah sedia berkorban demi kebahagiaan orang lain.