KUIZ SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 2: KEBANGKITAN NASIONALISME
**Sila semak silang soalan dan jawapan di kuiz-kuiz ini dengan sumber rujukan yang lebih tepat dan sekiranya terdapat sebarang percanggahan haruslah diutamakan sumber-sumber tersebut seperti buku teks rasmi yang telah diikitiraf**
1. Pada tahun 1928, Kongres Pemuda Indonesia melahirkan ikrar Sumpah Pemuda yang menjadi tonggak nasionalisme dengan tiga asas utama, iaitu:
2. Perjuangan awal menentang ancaman luar di negara kita, sebelum gerakan nasionalisme abad ke-20, termasuklah penentangan Sultan Abdullah Mukarram Shah di Kedah dan perjuangan setempat oleh tokoh seperti:
3. Slogan terkenal yang dilaungkan oleh penduduk tanah jajahan British di Amerika sebagai reaksi kepada pengenalan akta cukai seperti Akta Gula dan Akta Teh ialah:
4. Gerakan Revolusi China 1911 yang berjaya menumbangkan Dinasti Manchu dan menubuhkan pemerintahan republik dipelopori oleh Dr. Sun Yat Sen dengan ideologi perjuangan yang dikenali sebagai:
5. Gerakan Pan-Islamisme yang digerakkan oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani dan Khalifah Abdul Hamid II bertujuan untuk:
6. Antara karya kreatif seperti novel yang digunakan sebagai wadah untuk meniupkan nasionalisme dan mengajak masyarakat memerdekakan diri dari aspek ekonomi ialah:
7. Golongan nasionalis Filipina pada peringkat awal, yang dikenali sebagai Gerakan Propaganda, menuntut Filipina dijadikan sebahagian daripada wilayah Sepanyol. Siapakah pemimpin gerakan ini?
8. Nasionalisme di Thailand berbeza daripada negara Asia Tenggara yang lain kerana ia bersifat:
9. Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) berjaya melahirkan semangat kesedaran bangsa. Salah satu usaha yang menyemarakkan semangat kebangsaan di SITC ialah kewujudan:
10. Golongan Kaum Muda yang menggerakkan idea Islah di Tanah Melayu menyalurkan idea mereka melalui penubuhan madrasah dan akhbar serta majalah seperti: