SELAMAT DATANG Kuiz Perniagaan Tingkatan 4 Bab 4 Set 1
Bahagian-Bahagian Fungsian Utama Dalam Organisasi Perniagaan
KUIZ INI MENGANDUNGI 10 SOALAN
1. Maklumat berikut tentang ciri-ciri sesuatu barang atau perkhidmatan.
• Perlu tempahan
• Tidak tahan lama
Apakah jenis saluran agihan yang paling sesuai untuk memasarkan produk tersebut?
2. Apakah kepentingan bahagian fungsian penyelidikan dan pembangunan dalam organisasi perniagaan?
3. Yang manakah menerangkan aktiviti pemasaran dengan tepat?
4. Rajah berikut berkaitan peranan bahagian sesuatu fungsian.
• Perancangan sumber manusia
• Latihan dan Pembangunan
• X
• Perkhidmatan pekerja dan kebajikan
• Skim insentif produktiviti
Apakah bahagian fungsian X?
5. Maklumat berikut berkaitan peranan sesuatu fungsian:
• Menyediakan dokumen dengan menggunakan perisian
• Menyediakan pelan atau program untuk staf
• Mengurus dan menyediakan dokumen syarikat
• Membeli alat tulis dan peralatan pejabat
Apakah bahagian fungsian tersebut?
6. Lengkapkan rajah berikut: Strategi Pemasaran
• Y
• Campuran pemasaran
Apakah Y?
7. Apakah peranan bahagian fungsian teknologi maklumat dan komunikasi dalam sesebuah organisasi perniagaan?
8. Maklumat berikut merupakan antara tugas yang perlu dilakukan oleh Encik Azmi.
• Melengkapkan dokumen penghantaran
• Menyediakan jadual pergerakan kenderaan
• Menyelesaikan masalah proses pengedaran
Di bahagian fungsian apakah Encik Azmi bertugas?
9. Mengapakah struktur organisasi dibahagikan mengikut bahagian fungsian?
10. Maklumat berikut berkaitan sesuatu peranan bahagian fungsian.
• Menghasilkan barang dan perkhidmatan
• Memasarkan barang kepada pengguna untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka.
• Merancang dan menjalankan proses transformasi input
Apakah bahagian fungsian tersebut?