Matematik Tahun 5 Bab 3 – Wang

Matematik Tahun 5 Bab 3 – Wang

Nota Interaktif Matematik Tahun 5: Wang
💰
💵
🪙
%

Matematik Tahun 5

Bab 3: Operasi Wang & Kewangan

Tambah & Tolak Nilai Wang

💡 Tips Emas!

Apabila menambah atau menolak wang, pastikan TITIK PERPULUHAN (sen) mesti disusun sebaris ke bawah!

➕ Tambah Wang

Contoh: Bapa membeli rumah (RM350,000) dan kereta (RM85,000).

RM 350 000 + RM 85 000 = RM 435 000

➖ Tolak Wang

Contoh: Syarikat ada RM500,000. Bayar gaji pekerja RM120,500.50.

RM 500 000.00 RM 120 500.50

*Letakkan .00 jika nombor tiada sen untuk mudah menolak!

Darab & Bahagi Nilai Wang

✖️ Darab Wang

Darabkan nilai seperti biasa. Jika ada titik perpuluhan (sen), kira bilangan tempat perpuluhan pada jawapan akhir.

RM 1 250.50 × 4 = RM 5 002.00

➗ Bahagi Wang

Bahagikan nilai seperti biasa dari kiri ke kanan. Pastikan titik perpuluhan diletakkan tegak di atas.

RM 84 000 ÷ 2 = RM 42 000

🐸 Teknik Lompat Titik (10, 100, 1000)

Darab (×) ➔ Lompat titik ke KANAN (Duit makin banyak!).
Bahagi (÷) ➔ Lompat titik ke KIRI (Duit makin sikit!).

RM 35.50 × 100 = RM 3550

Operasi Bergabung Wang

Ingat Hukum KuDaBaTaTo (Kurungan ➔ Darab/Bahagi ➔ Tambah/Tolak)

Tambah dan Darab

Selesaikan operasi DARAB dahulu!

RM 50 + RM 10 × 4

Langkah 1: RM10 × 4 = RM40
Langkah 2: RM50 + RM40 = RM90

Kurungan ( )

Jika ada kurungan, WAJIB selesaikan dalam kurungan dahulu!

(RM 100 RM 20) ÷ 4

Langkah 1: RM100 – RM20 = RM80
Langkah 2: RM80 ÷ 4 = RM20

Pengurusan Kewangan Pintar

🏦 Simpanan & Pelaburan

Simpanan: Wang yang disimpan di bank untuk kegunaan masa depan. Berisiko rendah.

Pelaburan: Wang yang digunakan untuk perniagaan atau saham bagi mendapat keuntungan lebih besar. Berisiko jika rugi.

📈 Faedah Mudah

Ganjaran (duit tambahan) yang bank berikan kepada kita kerana menyimpan duit di dalam akaun bank mereka.

Contoh: Simpan RM1,000. Bank beri faedah 2%.
Ganjaran = RM20!

🔥 Faedah Kompaun (Sangat Untung!)

Faedah yang dikira daripada Wang Asal + Faedah Terkumpul. Makin lama kita simpan duit tanpa mengeluarkannya, makin cepat duit kita beranak dan membesar!

LUBUKSOALAN