NOTA ADAB WA BALAGHAH TINGKATAN 5 BAB 3 (BM)
Teks Syair Zaman Umawi
Pemimpin Yang Adil (الإمام العادل) • Karya: Jarir bin Atiyyah
Syair Zaman Umawi & Penyair
Syair Zaman Umawi
Puisi kembali mekar dan kuat seperti zaman Jahiliyyah disebabkan oleh pergolakan politik pada era Umawi.
Ciri-ciri Utama:
- Lafaz yang jelas dan struktur ayat yang kuat.
- Kreativiti dalam makna Ghazal.
- Banyak mencedok kosa kata dari istilah Islam.
- Wujudnya Sya’ir Naqa’idh (النقائض) iaitu syair berbalas sindiran akibat asabiyyah (perkauman) dan kebanggaan nasab keturunan.
Biodata Jarir (جرير بن عطية)
- Nama Penuh: Jarir bin Atiyyah al-Kalbi al-Yarbu’i al-Tamimi.
- Kelahiran: Lahir di Al-Yamamah pada tahun 28H (649M).
- Latar Belakang: Membesar dalam keluarga biasa yang tiada pangkat atau harta kekayaan. Beliau antara penyair paling hebat pada zamannya.
- Kepakaran: Sangat terkenal dalam seni Hija’ (sindiran), Madh (pujian), keturunan, dan menggabungkan pelbagai seni syair.
- Kewafatan: Wafat di Al-Yamamah pada 110H (728M).
Pujian Kepada Pemimpin (الإمام العادل)
Kosa Kata Penting (المفردات)
Konteks & Idea Utama
Penyair mendendangkan syair ini untuk memuji Amirul Mukminin Umar bin Abdul Aziz demi mendapatkan ganjaran wang. Kebiasaannya, khalifah menolak penyair yang datang ke istana untuk meminta wang. Namun, atas desakan dari ‘Adi bin Artah, Khalifah membenarkan Jarir masuk.
Mendengar syair Jarir, Khalifah memberikannya sumbangan 100 dirham dari wang poketnya sendiri (sebagai sedekah kerana kemiskinan Jarir), bukan dari wang Baitulmal.
1. Anugerah Kepimpinan
Penyair menyatakan bahawa Allah SWT yang mengutuskan Nabi Muhammad ﷺ, juga telah memilih dan melantik Umar bin Abdul Aziz sebagai seorang Khalifah (Pemimpin) yang sangat adil.
2. Keadilan & Penghapusan Cukai
Umar sangat disayangi kerana beliau bertindak mengharamkan kutipan cukai sempadan/kastam (Maks) ke atas orang Islam bukan warganegara yang sebelum ini amat membebankan rakyat. Keadilannya meliputi seluruh pelusuk negeri.
3. Harapan & Hak Fakir Miskin
Penyair berterus-terang bahawa nafsu manusianya amat mengharapkan ganjaran segera daripada Khalifah. Beliau juga mengingatkan tentang kewajipan (fardu) zakat/sedekah yang Allah tetapkan di dalam Al-Quran khusus untuk musafir dan golongan fakir (seperti dirinya).
Gaya Bahasa (الصور البلاغية)
Al-Majaz Al-Mursal (المجاز المرسل)
Penggunaan perkataan bukan pada makna asalnya dengan hubungan (Alaqah) selain keserupaan.
Maksud sebenar: Cukai itu diambil daripada “orang-orang” yang menyeberangi jambatan/tembok sempadan tersebut, bukan diambil daripada jambatan itu sendiri. Tempat (jambatan) disebut untuk merujuk penghuninya.
Al-Kinayah (الكناية)
Kiasan yang merujuk kepada individu / objek (Mausuf).
- الإمامِ العَادِل : Kiasan merujuk kepada Umar bin Abdul Aziz.
- ابْنِ السَّبِيل : Kiasan merujuk kepada orang yang sedang Bermusafir.
Adrub al-Khabar (أضرب الخبر)
Jenis ayat penyata berdasarkan jumlah penegas (Taukid).
-
إِنَّ الَّذِي بَعَثَ النبي محمدًا
Penegas: Huruf Inna (Sesungguhnya). -
قَدْ نال عدلُكَ مَن أَقام بأرضنا
Penegas: Huruf Qad.
-
وَ لَـ قَدْ نفعت بما منعت تحرجا
Penegas: Wa (Qasam), La, Qad. -
إِنِّي لَــأمل مِنكَ خَيْرًا عاجلًا
Penegas: Inna, Lam at-Taukid.
Al-Isti’arah (الاستعارة)
- Tasrihiyyah: فِي الكِتَابِ
Al-Quran disamakan dengan ‘Buku’ (Al-Kitab). Musyabbah dibuang. - Makniyyah: نَالَ عَدِلُكَ
Sifat ‘Keadilan’ diumpamakan seperti manusia yang boleh dicapai/menyentuh.
At-Tibaq (الطباق)
Perkataan berlawan.
وَفْد (Utusan yang datang)
Kuiz Kesusasteraan Arab
Tingkatan 5: Syair الأموي (Umawi)
Uji kefahaman anda tentang teks puisi zaman Bani Umaiyyah karangan penyair hebat Jarir bin Atiyah yang memuji Khalifah Umar bin Abdul Aziz.
10 Soalan Rawak (daripada 20 Bank Soalan)
