NOTA MATEMATIK TINGKATAN 2 BAB 2
Matematik Tingkatan 2
Bab 2: Pemfaktoran dan Pecahan Algebra
Apa itu Kembangan?
Kembangan (Expansion) ialah pendaraban ungkapan algebra dengan satu sebutan atau ungkapan algebra yang lain di dalam kurungan. Ia umpama “membuka kurungan”.
Mendarab ke dalam Kurungan
Contoh:
$= (3 \times x) + (3 \times 2y)$
$= 3x + 6y$
Dua Kurungan (Kaedah Anak Panah)
- 1 $a \times c = ac$
- 2 $a \times d = ad$
- 3 $b \times c = bc$
- 4 $b \times d = bd$
Apa itu Pemfaktoran?
Pemfaktoran (Factorisation) ialah proses menyongsangkan kembangan. Ia menukar ungkapan algebra kepada bentuk pendaraban faktor. Ibarat “memasukkan semula ke dalam kurungan”.
Kaedah-kaedah Pemfaktoran:
1. FSTB
Keluarkan Faktor Sepunya Terbesar.
$3x + 12$
FSTB ialah 3.
$= 3(x + 4)$
2. Beza Kuasa Dua
Gunakan rumus $a^2 – b^2 = (a+b)(a-b)$
$x^2 – 16$
$16$ ialah $4^2$.
$= (x + 4)(x – 4)$
3. Pendaraban Silang
Untuk bentuk $ax^2 + bx + c$
$x^2 + 5x + 6$
Faktor $6$ yg jumlahnya $5$ (iaitu $2$ & $3$):
Operasi Pecahan Algebra
Tambah & Tolak
Syarat Utama: Penyebut MESTI SAMA!
Penyebut Sama:
Menyamakan Penyebut (Samakan GSTK):
Darab penyebut pertama dgn $b$, kedua dgn $2$:
Darab & Bahagi
Tips: Laksanakan pemfaktoran dahulu, kemudian mansuhkan pengangka & penyebut yang sama.
Contoh Operasi Bahagi:
Tukar $\div$ kepada $\times$ dan terbalikkan pecahan kedua, lalu faktorkan:
Mansuhkan $(m+n)$ dan $(x-y)$:
LUBUKSOALAN
Panduan Visual Matematik • Mudah Difikir, Pantas Difaham
Matematik Tingkatan 2
Bab 2: Pemfaktoran dan Pecahan Algebra
Uji Kemahiran Algebra Anda!
Sila jawab 10 soalan rawak berkaitan Kembangan, Pemfaktoran dan Pecahan Algebra.
Setiap soalan dilengkapi dengan penjelasan jalan kira.
Memuatkan soalan...
Penjelasan
Teks penjelasan.
Anda telah melengkapkan kuiz ini.
