NOTA MATEMATIK TINGKATAN 2 BAB 13

NOTA MATEMATIK TINGKATAN 2 BAB 13

Nota Interaktif: Kebarangkalian Mudah

Matematik Tingkatan 2

Bab 13: Kebarangkalian Mudah

Ruang Sampel & Peristiwa

Ruang Sampel, $S$

Set semua kesudahan yang mungkin bagi suatu eksperimen.

Cth: Lambung syiling $\rightarrow S = \{\text{Angka, Gambar}\}$

Peristiwa, $A$

Set kesudahan yang memenuhi syarat (subset kepada ruang sampel).

Cth: Syarat nak ‘Angka’ $\rightarrow A = \{\text{Angka}\}$

Rumus Kebarangkalian Teori

$P(A) = \frac{n(A)}{n(S)}$

$n(A)$ = Bilangan peristiwa berlaku | $n(S)$ = Bilangan kesudahan yang mungkin

Skala Kebarangkalian: $0 \le P(A) \le 1$

0 (Mustahil)
0.5 (Sama Boleh Jadi)
1 (Pasti)

Peristiwa Pelengkap

Peristiwa pelengkap bagi peristiwa $A$ dalam ruang sampel $S$ ialah semua kesudahan yang bukan peristiwa A. Ia ditandakan sebagai $A’$.

Gambar Rajah Venn

S
A’ (Bukan A)
A

Hukum Pelengkap:

$P(A) + P(A’) = 1$
Maka, $P(A’) = 1 – P(A)$

Contoh:

Jika kebarangkalian hari ini hujan ialah $\frac{1}{4}$.

Maka, kebarangkalian hari ini TIDAK hujan ialah:

$1 – \frac{1}{4} = \frac{3}{4}$

Aplikasi Model (Eksperimen)

Lambungan Syiling

50

Ruang Sampel ($S$):

{ Angka (A), Gambar (G) } $\rightarrow n(S) = 2$

Kebarangkalian dapat Angka:

$P(A) = \frac{1}{2}$

Balingan Dadu Adil

Ruang Sampel ($S$):

{ 1, 2, 3, 4, 5, 6 } $\rightarrow n(S) = 6$

Kebarangkalian dapat Nombor Ganjil {1,3,5}:

$P(\text{Ganjil}) = \frac{3}{6} = \frac{1}{2}$

LUBUKSOALAN

Pasti, Mustahil Atau Boleh Jadi?

Kuiz Interaktif: Kebarangkalian Mudah
🎲

Matematik Tingkatan 2

Bab 13: Kebarangkalian Mudah

Uji Nasib & Kiraan Anda!

Sila jawab 10 soalan rawak mengenai eksperimen rawak, ruang sampel, dan pengiraan kebarangkalian (dadu, syiling, guli).

Soalan 1 / 10 Markah: 0

0/10