NOTA PENDIDIKAN KESIHATAN TINGKATAN 2 BAB 3
Pendidikan Kesihatan Ting. 2
Bab 3: Pertolongan Cemas
Konsep Pertolongan Cemas
Pertolongan Cemas ialah bantuan permulaan atau rawatan awal yang diberikan kepada mangsa kecederaan atau kemalangan di tempat kejadian sebelum ketibaan pakar perubatan (ambulans).
T.O.T.A.P.S. dikhususkan untuk mangsa yang masih sedar.
Langkah Pencegahan Awal
Melakukan aktiviti memanaskan badan (warm-up) dengan teratur dan mencukupi merupakan langkah pencegahan paling awal. Ia dapat melenturkan otot dan sendi, sekaligus mengelakkan risiko kecederaan semasa bersukan.
Kaedah Pengurusan Lain
Selain T.O.T.A.P.S, terdapat pengurusan kecederaan lain mengikut tahap kritikal mangsa:
-
D.R.A.B.C: Digunakan untuk kecemasan kritikal (mangsa tidak sedar/tiada nadi).
-
R.I.C.E: Rawatan selepas T.O.T.A.P.S jika mangsa mengalami seliuh/kecederaan tisu lembut.
Prosedur T.O.T.A.P.S.
Langkah demi langkah menilai tahap kecederaan atlet.
Talk (Bercakap)
Tanya mangsa. “Adakah anda okey? Kat mana yang sakit?” Jika mangsa boleh bercakap, bermakna dia dalam keadaan sedar.
Observe (Memerhati)
Perhatikan bahagian yang cedera. Adakah terdapat pendarahan, bengkak, lebam, atau perubahan bentuk (patah)?
Touch (Sentuh)
Sentuh bahagian cedera secara perlahan-lahan. Rasa jika kawasan tersebut panas (radang) dan perhatikan tindak balas/kesakitan mangsa.
Active Movement (Pergerakan Aktif)
Arahkan mangsa menggerakkan sendiri anggota badan yang cedera sejauh yang dia mampu tanpa bantuan.
Passive Movement (Pergerakan Pasif)
Jika mangsa tidak mampu bergerak sendiri, bantu mangsa menggerakkan sendi tersebut secara perlahan-lahan (Berhenti jika dia rasa sangat sakit).
Skill Test (Ujian Kemahiran)
Jika tiada rasa sakit yang serius, arahkan mangsa berdiri, berjalan perlahan, atau berlari anak. Jika dia mampu, dia boleh teruskan permainan.
Tindakan Susulan & Pengurusan
Prinsip Pemberhentian Ujian
Semasa melakukan prosedur T.O.T.A.P.S, jika pada mana-mana peringkat (misalnya pada “Touch” atau “Active”) mangsa mengadu KESAKITAN YANG AMAT SANGAT, prosedur tersebut MESTILAH DIHENTIKAN SERTA-MERTA.
Aplikasi R.I.C.E.
Jika didapati mangsa hanya mengalami seliuh (terseliuh) atau kecederaan tisu lembut, mulakan rawatan R.I.C.E:
- R (Rest): Rehatkan bahagian yang cedera segera.
- I (Ice): Letakkan tuaman ais (mengurangkan bengkak & radang).
- C (Compression): Balut bahagian cedera dengan pembalut elastik.
- E (Elevation): Tinggikan bahagian cedera melepasi aras jantung.
Rujukan ke Hospital
LUBUKSOALAN
Tindakan Pantas Menyelamatkan Nyawa
Pendidikan Kesihatan Tingkatan 2
Unit 3: Pertolongan Cemas
Bersedia Menyelamat!
Uji pengetahuan anda tentang prosedur T.O.T.A.P.S dan langkah kecemasan melalui 10 soalan rawak ini.
