Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 1: KEDAULATAN NEGARA
1.1 KONSEP KEDAULATAN
“Kedaulatan adalah kekuasaan tertinggi dan kewibawaan suatu negara yang merdeka serta memiliki hak untuk menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negara.”
KONSEP KEDAULATAN
Bahasa | Takrif Kedaulatan |
---|---|
Yunani | Supernuus atau Superanus (agung atau tertinggi). Istilah ini merujuk kepada negara yang bebas dan merdeka. |
Arab | Daulah (kuasa pemerintahan sesebuah negara) |
Inggeris | Sovereignty (negara yang memiliki kuasa penuh atas pemerintahan) |
Melayu | Daulat (kekuasaan tertinggi atas pemerintahan negara) |
“Kedaulatan merupakan kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan sesebuah negara. Kedaulatan merujuk kerajaan yang terikat oleh undang-undang.”
– Aristotle (Ahli Falsafah Yunani)
“Kedaulatan merupakan kekuatan dan kekuasaan sesebuah negara berasaskan semangat kekitaan bangsanya. Kekuatan semangat kekitaan yang diiringi dengan semangat beragama menyebabkan sesuatu bangsa rela untuk berkorban demi mencapai cita-cita yang sama.”
–Ibnu Khaldun (Ilmuwan Islam)
“Kedaulatan dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan yang sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.”
– Tunku Abdul Rahman Putra al-Haji (Perdana Menteri Malaysia Pertama)
JENIS KEDAULATAN |
---|
Kedaulatan berbeza mengikut bentuk pemerintahan sesebuah negara. Terdapat beberapa jenis kedaulatan seperti kedaulatan tradisional, kedaulatan moden, kedaulatan undang-undang, dan kedaulatan antarabangsa. |
KEDAULATAN TRADISIONAL -Sistem pemerintahan berkuasa mutlak menguasai segala urusan negara. -Kedaulatan negara kita terletak pada kekuasaan dan kewibawaan Raja-raja Melayu yang merupakan pemerintah tertinggi. -Kedudukan dan kedaulatan raja diperkukuh oleh taat setia rakyat. |
KEDAULATAN MODEN -Muncul selepas Revolusi Keagungan di England dan Revolusi Perancis yang berkait dengan hak rakyat dan kerajaan berperlembagaan. -Selepas Perang Dunia Pertama, kedaulatan dikaitkan dengan nasionalisme yang menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan bahasa untuk membentuk sebuah negara bangsa. -Di negara kita, kedaulatan negara lahir daripada gabungan negeri yang dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Persekutuan Malaysia 1963. |
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG -Maksudnya ialah kerajaan dan rakyat terikat kepada undang-undang yang harus dipatuhi. -Ini dapat menjamin keadilan dalam masyarakat, yang menghasilkan negara yang aman, stabil, dan makmur. -Pentadbiran kehakiman yang bebas dan berwibawa ditubuhkan untuk memelihara serta mengamalkan kedaulatan undang-undang. |
KEDAULATAN ANTARABANGSA -Merujuk kepada pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap sesebuah negara, ia tidak boleh dicabuli oleh negara lain. -Deklarasi Hubungan Persahabatan PBB 1970 mengesahkan prinsip kesamarataan kedaulatan dari segi undang-undang antarabangsa. -Keanggotaan negara dalam PBB membuktikan kepada dunia bahawa negara kita diiktiraf sebagai negara yang bebas, merdeka, dan berdaulat. |
1.2 CIRI CIRI NEGARA BERDAULAT
CIRI-CIRI NEGARA BERDAULAT |
---|
Setiap negara yang bebas dan merdeka mempunyai ciri-ciri tertentu yang menentukan kedaulatannya. Antaranya termasuk memiliki pemerintahan, sempadan yang diiktiraf, sistem perundangan yang berkuat kuasa, dan penduduk yang menghuninya. |
MEMPUNYAI SISTEM PEMERINTAHAN Pemerintahan negara diwujudkan untuk menjaga kestabilan politik, keamanan, pertahanan, dan ekonomi. Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Yang di-Pertuan Agong berperanan sebagai Ketua Utama Negara, sementara Perdana Menteri adalah Ketua Kerajaan yang dibantu oleh Jemaah Menteri. |
BERSEMPADAN Sebuah negara yang berdaulat perlu mempunyai sempadan yang menjadi garis pemisah antara negeri atau negara. Malaysia berkongsi sempadan darat, air, dan udara dengan negara-negara jiran. Penetapan sempadan ini memudahkan urusan pemerintahan, pentadbiran, pertahanan, dan pembangunan ekonomi negara kita. |
MEMILIKI PERUNDANGAN Sistem perundangan merupakan asas kepada peraturan negara. Sistem perundangan adalah penting untuk memelihara kesejahteraan, menjamin keadilan, dan melindungi rakyat. Asas kepada perundangan Malaysia adalah berpandukan Perlembagaan Persekutuan. Parlimen bertanggungjawab menggubal dan menentukan perundangan di negara kita. |
BERAKYAT Rakyat yang merupakan penduduk di sesebuah negara terikat dengan undang-undang di negara tersebut. Rakyat Malaysia yang berbilang bangsa disatukan melalui satu bahasa dan kebudayaan, Rukun Negara, serta identiti nasional yang sama. |
1.3 KEPENTINGAN NEGARA BERDAULAT
KEPENTINGAN NEGARA BERDAULAT |
---|
Kedaulatan negara adalah penting bagi sesebuah negara. Antara kepentingan negara berdaulat termasuk keberkesanan pentadbiran, kemakmuran ekonomi, kesejahteraan sosial, dan kecemerlangan hubungan luar negara. |
PEMERINTAHAN YANG BERKESAN Negara yang berdaulat bebas untuk melaksanakan pentadbiran tanpa campur tangan pihak luar. Dasar pentadbiran di negara kita dilaksanakan melalui Jemaah Menteri dan kementerian yang berkaitan. Keberkesanan pentadbiran dicapai melalui kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta dengan merujuk kepada peruntukan undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan. |
KEMAKMURAN EKONOMI Kedaulatan adalah penting bagi negara untuk melaksanakan dasar kemakmuran ekonomi. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk memajukan dan meningkatkan taraf hidup rakyat selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Dasar pembangunan ekonomi negara meliputi pelbagai bidang seperti pertanian, perindustrian, dan perdagangan. |
KESEJAHTERAAN SOSIAL Kedaulatan adalah penting bagi negara untuk melaksanakan dasar sosial demi kesejahteraan rakyat. Kesejahteraan sosial dipupuk melalui aspek-aspek seperti bahasa kebangsaan, kebudayaan, sukan, dan Rukun Negara. Ini membantu membangunkan perasaan muhibah dan semangat perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa. |
HUBUNGAN LUAR NEGARA YANG CEMERLANG Kedaulatan adalah penting untuk memberikan hak kepada negara untuk menjalin hubungan dengan negara lain. Negara dapat menjalin hubungan diplomatik dan persahabatan dengan negara luar serta membentuk penjanjian dan kerjasama dalam pelbagai bidang. Keanggotaan Malaysia dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa dapat meningkatkan imej negara. Peranan dan kebolehan negara kita diakui oleh masyarakat antarabangsa. |
1.4 LANGKAH MEMPERTAHANKAN NEGARA BERDAULAT
LANGKAH MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA |
---|
Mewujudkan Kestabilan Politik dan Kemakmuran Ekonomi: Pemerintah dan rakyat memainkan peranan penting dalam menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi. Pemerintah bertanggungjawab untuk melaksanakan pentadbiran yang cekap, mengelakkan amalan rasuah, dan memajukan ekonomi negara. Rakyat pula perlu kerjasama sepenuhnya dengan pemerintah untuk menjayakan usaha dan program yang dilaksanakan. |
Mengekalkan Perpaduan Kaum: Sejak awal kemerdekaan, pemerintah dan rakyat berusaha untuk mengekalkan perpaduan kaum. Beberapa langkah yang diambil termasuk menggubal dasar dan undang-undang berkaitan dengan perpaduan kaum serta integrasi nasional. Rakyat juga perlu menggunakan bahasa kebangsaan, mengamalkan prinsip Rukun Negara, dan memupuk semangat toleransi antara kaum. |
Memupuk Patriotisme: Patriotisme adalah perasaan cinta mendalam terhadap negara. Semangat patriotisme penting untuk melahirkan pemimpin dan rakyat yang taat setia serta sanggup berkorban demi negara. Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Pahlawan, pengajaran sejarah, dan pengiktirafan terhadap jasa tokoh negara adalah beberapa cara untuk memupuk patriotisme. |
Mengukuhkan Pertahanan Negara: Pemerintah dan rakyat mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh. Dasar pertahanan dan latihan ketenteraan bersama-sama negara serantau dan antarabangsa membantu mengukuhkan pasukan pertahanan negara. Rakyat juga perlu peka terhadap isu keselamatan negara dan mengelakkan kolaborasi dengan pihak luar yang mengancam kedaulatan negara. |
KOLEKSI SOALAN
LATIHAN | SKEMA |
JOM CUBA KUIZ
Lubuk Soalan
Koleksi Nota Sejarah Tingkatan 5