NOTA MATEMATIK TINGKATAN 4 BAB 10
BAB 10: PENGURUSAN KEWANGAN
Bebas Hutang, Rancang Masa Depan
5 Proses Pengurusan Kewangan
Pengurusan kewangan ialah suatu proses berterusan yang melibatkan perancangan dan pelaksanaan strategi untuk mencapai matlamat kewangan individu atau keluarga.
Menetapkan Matlamat Kewangan
Langkah pertama yang paling penting. Matlamat mesti jelas sama ada jangka pendek (kurang 1 tahun), sederhana (1-5 tahun) atau panjang (lebih 5 tahun).
Menilai Kedudukan Kewangan
Menyemak semula aset (harta), liabiliti (hutang), pendapatan dan perbelanjaan semasa untuk mengetahui nilai bersih kewangan diri.
Mewujudkan Pelan Kewangan
Merancang perbelanjaan dan pelaburan masa hadapan berdasarkan matlamat (Langkah 1) dan kedudukan kewangan semasa (Langkah 2). Penting untuk tolak sekurang-kurangnya 10% simpanan dari pendapatan!
Melaksanakan Pelan Kewangan
Disiplin dalam mematuhi pelan yang telah dirangka. Berbelanja mengikut perancangan dan mengawal nafsu berbelanja kehendak (wants).
Mengkaji Semula & Menyemak Kemajuan
Menilai sama ada pelan tersebut berjalan lancar. Pelan boleh diubah suai sekiranya berlaku kecemasan, hilang pekerjaan atau penambahan pendapatan.
Konsep Matlamat S.M.A.R.T
Panduan untuk menetapkan matlamat kewangan yang efektif dan jelas.
Specific
Matlamat mesti dinyatakan dengan jelas dan terperinci. (Cth: Nak beli komputer riba Asus).
Measurable
Ada nilai kewangan / sasaran wang yang spesifik. (Cth: Harga komputer RM3,000).
Attainable
Matlamat yang mampu dicapai berdasarkan kemampuan wang simpanan bulanan diri.
Realistic
Matlamat mestilah masuk akal dan mengambil kira komitmen sedia ada atau kecemasan.
Time-bound
Mempunyai sasaran tempoh/had masa yang tetap. (Cth: Mesti capai dalam masa 10 bulan).
Tempoh Matlamat Kewangan
- Jangka Pendek: Boleh dicapai dalam masa kurang 1 tahun (Cth: Beli basikal, telefon).
- Jangka Panjang: Mengambil masa lebih 5 tahun (Cth: Dana pendidikan anak, beli rumah, persaraan).
Aliran Tunai (Cash Flow)
PENDAPATAN (Wang Masuk)
- Pendapatan Aktif Pendapatan utama yang diterima secara rutin kerana bekerja. (Cth: Gaji asas, elaun kerja, komisen, upah perniagaan).
- Pendapatan Pasif Pendapatan yang dijana tanpa perlu bekerja secara aktif setiap masa. (Cth: Sewa rumah, faedah simpanan bank, dividen saham/ASB).
PERBELANJAAN (Wang Keluar)
- Perbelanjaan Tetap Belanja yang mesti dibayar dan jumlahnya sama setiap bulan. (Cth: Ansuran pinjaman perumahan, sewa rumah, ansuran kereta).
- Perbelanjaan Tidak Tetap Belanja yang jumlahnya berubah-ubah mengikut corak penggunaan individu. (Cth: Belanja dapur/makanan, petrol, bil air/elektrik).
Pendapatan Melebihi Perbelanjaan. Berlaku lebihan wang untuk disimpan/dilabur.
Pendapatan Kurang daripada Perbelanjaan. Terpaksa berhutang atau guna wang simpanan.
Aset, Liabiliti & Keperluan
Menilai harta dan mengawal emosi ketika berbelanja.
ASET (Harta)
Harta benda yang dimiliki oleh individu dan mempunyai nilai wang.
- Wang tunai & Simpanan Bank
- Amanah Saham (ASB) / Unit Amanah
- Hartanah (Rumah, Tanah)
- Kereta (telah habis bayar)
LIABILITI (Hutang)
Tanggungan / Hutang kewangan yang mesti dibayar oleh individu.
- Baki pinjaman perumahan / kenderaan
- Baki hutang kad kredit
- Pinjaman peribadi / Pelajaran (PTPTN)
- Cukai yang belum dibayar
Nilai Bersih (Net Worth)
Untuk kewangan yang sihat, Jumlah Aset mesti lebih besar daripada Jumlah Liabiliti.
Keperluan vs Kehendak
Asas kehidupan. Tanpanya manusia sukar meneruskan hidup. Mestilah diberi keutamaan.
(Contoh: Makanan asasi, tempat tinggal, pakaian harian).
Keinginan untuk gaya hidup mewah. Tanpanya manusia masih boleh hidup. Boleh ditangguhkan.
(Contoh: Pakaian berjenama mewah, melancong ke luar negara, kereta sport).
Nota Ringkas & Padat SPM
LUBUKSOALAN
Pengurusan Kewangan
Matematik Tingkatan 4 (Bab 10)
Kuasai konsep SMART, bajet peribadi, aset, liabiliti, dan aliran tunai untuk membina kebebasan kewangan anda.
- 10 Transaksi Data (Cabutan Rawak)
- Pilihan Pelaburan Dirombak
- Resit Huraian Jawapan Disediakan
