NOVEL SILIR DAKSINA

Novel SIlir daksina

Bahasa Melayu Novel SIlir Daksina ini merangkumi nota bagi sinopsis, tema dan persoalan, watak dan perwatakan, teknik plot, plot, gaya bahasa, nilai dan pengajaran.

SINOPSIS
Kisah dalam Silir Daksina bermula apabila Haiqal mendapat sebuah manuskrip lama. Alamat pengirim manuskrip tersebut sama dengan alamat tempat lahirnya tetapi pengirimnya berbangsa Cina iaitu Ong See Hwa. Haiqal mendapati bahawa kisah yang terdapat dalam manuskrip tersebut seakan-akan benar berlaku dan menceritakan kisah hidup arwah ayahnya; Abdullah bin Kayan tetapi kisah itu dimainkan oleh watak Cikgu Nizam. Haiqal bertekad untuk pulang ke Johor untuk menjejak warisan ayahnya walaupun niat itu ditentang oleh uminya.
TEMA DAN PERSOALAN
TEMA
Tema novel ini ialah kekeluargaan. Haiqal dan keluarganya mengalami konflik yang berpunca daripada perceraian ibu bapanya. Dia tidak berpeluang untuk mengenali ayahnya kerana dipisahkan oleh ibunya.
PERSOALAN
1) Persoalan kasih sayang seorang ayah terhadap anak kandungnya.
Abdullah Kayan tidak pernah melupakan anaknya sejak mereka berpisah.

2) Persoalan kasih sayang seorang anak terhadap ayah kandungnya.
Haiqal sangat menyayangi dan merindui ayahnya, tambahan pula dia tidak berpeluang untuk mengenali ayahnya hingga akhir hayat ayahnya itu.

3) Persoalan keruntuhan rumah tangga memberi kesan terhadap emosi anak. Emosi Haiqal tidak tenteram kerana tidak mendapat maklumat yang jelas tentang ayahnya daripada ibunya.

4) Persoalan sikap mementingkan diri sendiri.
Ibu Haiqal mementingkan diri sendiri kerana dia langsung tidak membenarkan Abdullah Kayan berjumpa dengan Haiqal.

5) Persoalan perpaduan kaum.
Tauke Ong yang berbangsa Cina hidup aman dan bahagia bersama-sama penduduk Melayu yang lain di Kampung Seri Purnama.

6) Persoalan meneruskan legasi atau perjuangan ayah.
Abdullah Kayan berharap agar Haiqal meneruskan impiannya untuk menubuhkan Aksara (Akademi Sastera Rakyat) di Kampung Seri Purnama.

7) Persoalan keburukan judi kepada masyarakat.
Tauke Ong dan keluarganya terpaksa berhijrah kerana harta peninggalan ayahnya telah habis dijual oleh abangnya yang kaki judi.

8) Persoalan cinta akan budaya bangsa.
Abdullah Kayan berusaha untuk menghidupkan kumpulan zapin D’Purnama semula kerana sangat mencintai warisan Melayu.
WATAK DAN PERWATAKAN
WATAK UTAMA
Haiqal Hakimi
1) Dia anak tunggal Abdullah bin Kayan dan Rafiqah. Dia mempunyai bapa tiri, iaitu Abdul Fatah dan seorang adik tiri perempuan bernama Nurul Asiyah.

2) Dia berusia 19 tahun dan sedang menunggu keputusan peperiksaan STPM.

3) Haiqal penyayang. Buktinya, dia menjawab dengan yakin bahawa dia menyayangi ibunya apabila ditanya oleh ibunya itu.

4) Dia juga prihatin akan nasib kawannya. Buktinya, dia memujuk Ratna
yang menangis setelah gagal memperoleh keputusan yang baik dalam
peperiksaaan SPM dan menasihati Ratna agar terus berusaha.

5) Haiqal menghormati ibu bapanya dan orang lain. Buktinya, dia bercakap
dengan mereka menggunakan bahasa yang sopan.

6) Selain itu, dia tegas dalam membuat keputusan. Buktinya, dia tetap masuk ke kelas sastera semasa tingkatan enam walaupun ibunya menyuruhnya masuk ke kelas ekonomi.

7) Dia juga bertanggungjawab. Buktinya, dia sanggup pergi ke kampung
ayahnya meskipun tidak mengenali sesiapa dan tiada tempat tinggal demi memenuhi hasrat ayahnya yang ingin dia pulang ke sana.

8) Haiqal juga taat akan perintah agama. Buktinya, dia menunaikan solat subuh setelah sampai di stesen bas Batu Pahat pada pukul 5.30 pagi.

9) Dia juga berfikiran rasional. Buktinya, dia berfikir tentang buruk baik dia ke kampung ayahnya selama seminggu sebelum nekad memberitahu ibu an ayah tirinya tentang keputusannya ke sana.
WATAK SAMPINGAN
Abdullah bin Kayan

1) Abdullah bin Kayan ialah ayah kandung Haiqal Haqimi dan bekas suami Rafiqah.

2) Pekerjaannya adalah sebagai guru bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
dan Pendidikan Jasmani di Sekolah Kebangsaan Seri Purnama, Batu Pahat, Johor.

3) Dalam manuskrip tulisannya, nama wataknya ialah Cikgu Amirulnizam atau Cikgu Zam.

4) Dia bercerai dengan isterinya setelah tiga tahun berkahwin.

5) Dia amat meminati sastera dan berbakat dalam bidang tersebut. Buktinya, dia antara penulis yang hebat dan banyak mendapat pengiktirafan.

6) Dia penyayang. Buktinya, dia amat menyayangi anak tunggalnya, Haiqal Haqimi dan sering menatap gambar Haiqal yang ada dalam simpanannya.

7) Abdullah suka membantu orang lain. Buktinya, dia mempelawa Ai Ling
menumpang keretanya ke sekoiah setiap hari supaya Ai Ling mudah ke sekolah.

8) Dia sangat perahsia. Buktinya, dia tidak pernah menceritakan masalah
penyakit yang dihidapinya kepada sesiapa pun termasuk orang yang sangat rapat dengannya.

9) Dia berhemah tinggi. Buktinya, See Hwa memberitahu Haiqal bahawa ayahnya sangat baik dan disukai oleh semua orang.

10) Dia tabah, sabar, dan tenang. Buktinya, dia tabah, sabar, dan tenang
menerima takdir dirinya yang tidak dapat bersama-sama anaknya.

11) Abdullah bin Kayan meninggal dunia kerana sakit.
Ong See Hwa

1.) Ong See Hwa ialah anak bongsu Tauke Ong (Tauke Lim) dan Puan Khei
(Mak Cik Kim).

2) Dalam manuskrip yang ditulis oleh Abdullah Kayan, nama watak Ong See
Hwa ialah Ai Ling.

3) Umurnya 19 tahun dan sedang belajar di kolej di bandar Batu Pahat.

4) See Hwa meminati seni tari dan sastera Melayu sejak kecil. Buktinya. dia
berkebolehan menari zapin dan suka membaca puisi Melayu.

5) Dia berhemah tinggi. Buktinya, dia meminta kebenaran daripada ayah dan ibunya untuk menumpang kereta Cikgu Abdullah ke sekolah dan pulang dari sekolah.

6) Dia amanah. Buktinya, dia mengirim manuskrip tulisan Abdullah kepada
Haiqal seperti yang diamanahkan oleh Abdullah kepadanya.

7) Dia rajin dan ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara. Buktinya, dia
menguruskan bilik bacaan di dalam balai raya Kampung Seri Purnama
secara sukarela setelah Cikgu Abdullah meninggal dunia.
BINAAN PLOT
Pengenalan atau eksposisi

Haiqal yang mempunyai konflik jiwa, iaitu dia ingin mengenali ayahnya, Abdullah bin Kayan. Konflik jiwa ini timbul apabila dia menerima manuskrip daripada See Hwa yang merupakan hasil tulisan arwah ayahnya. Sebelum Haiqal memasuki sekolah tadika, uminya telah memberitahu bahawa walid itu bukanlah ayah kandungnya. Sewaktu ayahnya meninggal dunia, Haiqal tidak dapat mengikut umi dan walidnya menziarahi jenazah arwah ayahnya kerana dia sedang menduduki peperiksaan UPSR. Haiqal mengetahui bahawa peperiksaan itu penting tetapi dia juga beranggapan bahawa memberi penghormatan yang paling akhir kepada ayahnya juga penting.
Perkembangan

Kisah Abdullah bin Kayan diceritakan dalam manuskrip sebagai Cikgu Amirulnizam atau Cikgu Zam di kampung halamannya, Kampung Seri Purnama. Di sana, Amirulnizam bertugas sebagai cikgu di sekolah rendah. Di samping itu, Cikgu Zam juga terlibat aktif dalam aktiviti sastera dan budaya. Cikgu Zam telah menghidupkan kumpulan zapin D’Purnama semula yang telah terkubur. Balai raya di kampung itu menjadi meriah dengan latihan zapin dan aktiviti sastera yang lain. Cikgu Zam juga mempunyai bakat dalam bidang penulisan novel, cerpen, dan puisi. Di kampung itu, Cikgu Zam mendapat sokongan padu daripada Tauke Lim, Pak Cik Bakar, Haji Salleh, dan orang-orang kampung yang lain. Kegiatan sastera dan budaya yang digerakaktifkan oleh Cikgu Zam telah mendapat perhatian Yang Berhormat Samsuri dan berjaya mengharumkan nama kampung. Cikgu Zam juga bercadang untuk menubuhkan Aksara di kampungnya. Namun demikian, kehidupan Cikgu Zam dirasakan kosong kerana anaknya, Aiman tiada di sisinya. Dia amat rindu kepada anaknya itu lalu menumpahkan kasih dan sayangnya terhadap anaknya itu kepada Ai Ling. Ai Ling diberikan perhatian yang istimewa oleh Cikgu Zam. Bagaimanapun, Cikgu Zam telah mengidap penyakit tetapi penyakit yang ditanggungnya itu dirahsiakan. Sebelum akhir hayatnya, Cikgu Zam sempat menulis manuskrip dan manuskrip itu diserahkan kepada Ai Ling untuk disampaikan kepada anaknya, Aiman. Setelah dia meninggal dunia, manuskrip itu telah dihantar oleh Ai Ling kepada Haiqal yang berada di Kuala Terengganu.
Perumitan 

Haiqal berasa amat rindu kepada ayahnya. Dia ingin menjejaki kehidupan ayahnya di Kampung Seri Purnama, Parit Raja, Batu Pahat. Namun demikian, dia tahu bahawa uminya tidak akan membenarkan dia ke sana. Konflik yang dihadapi oleh Haiqal banyak diceritakan kepada rakannya, Ratna sewaktu dia mengunjungi gerai makan milik Ratna di Pantai Batu Buruk. Haiqal bertekad untuk memberitahu uminya tentang hasratnya untuk menjejaki kehidupan ayahnya, Abdullah bin Kayan. Selepas berbincang dengan Ratna, akhirnya Haiqal nekad untuk mengemukakan hasratnya itu kepada uminya.
Puncak atau klimaks

Haiqal telah berbincang dengan umi dan walid selepas dia selesai menunaikan solat maghrib. Haiqal memberitahu hasratnya untuk ke kampung halaman arwah ayahnya di Batu Pahat, Johor kepada uminya. Umi Haiqal tidak membenarkan Haigal ke kampung arwah ayahnya. Haigal dan uminya bergaduh tentang hasrat Haiqal tersebut. Uminya mengugut Haiqal bahawa dia tidak akan memberikan wang kepadanya sekiranya dia ke kampung arwah ayahnya itu.Walid memahami perasaan Haiqal dan merestukan pemergian Haigal. Walid akan menampung perbelanjaan Haiqal sepanjang dia berada di Johor kelak.
Peleraian

Haiqal telah pergi ke kampung ayahnya, iaitu di Kampung Seri Purnama. Dengan bantuan Tauke Ong, See Hwa, Pak Cik Bakar, dan Lazim, Haiqal dapat menjejaki bekas-bekas ya kehidupan arwah ayahnya. Haiqal mencadangkan agar kumpulan zapin D’Purnama dihidupkan semula selepas sekian lama terkubur. Justeru, persiapan untuk majlis persembahan tarian zapin telah nya. diadakan. Haiqal juga terlibat dalam latihan tarian zapin. Seminggu sebelum acara persembahan itu, Haiqal telah memaklumkan kepada n walidnya tentang tarian zapin jincat itu. Pada hari majlis tersebut, mereka mendapat berita bahawa Lazim telah ditimpa kemalangan a jalan raya sewaktu pulang dari kerja. Haji Salim mengemukakan rulis cadangan supaya See Hwa menggantikan tempat Lazim. Persembahan Haiqal dan See Hwa mendapat sambutan daripada Yang Berhormat fia, Datuk Syaiful Azizi dan penduduk kampung. Sewaktu Haiqal erada mempersembahkan tarian zapin di atas pentas, Haiqal ternampak uminya, walid, dan adik tirinya, Nurul Asiyah sedang menyaksikan ndu persembahannya dari bahagian belakang balai tempat duduk kampung Haiqal berasa amat gembira dan ingin berlari untuk memeluk ahli keluarganya itu sebagai tanda kesyukuran.
LATAR
LATAR TEMPAT
1. Di dalam bilik Haiqal
Haiqal membaca manuskrip berkulit biru muda yang diterimanya.

2. Di kawasan Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu
Ratna bertanyakan rancangan Haiqal sementara menunggu keputusan peperiksaan STPM.

3. Di Pasar Payang, Kuala Terengganu –
Haiqal membantu ibunya di salah sebuah kedai batik ibunya.

4. Di banglo ibu Haiqal
Haiqal menyalakan hasratnya pergi ke kampung arwah ayahnya kepada ibu dan bapa tirinya.

5. Di Sekolah Kebangsaan Seri Purnama, Batu Pahat, Johor
Ai Ling menunggu Cikgu Amirul nizam di kerusi batu di pondok bacaan untuk menumpang kereta gurunya itu.

6. Di rumah Abdullah bin Kayan di Kampung Seri Purnama, Batu Pahat, Johor
Haiqal melihat sijil-sijil dan gambar ayahnya yang tergantung di dinding rumah itu.

7. Di Warung Wak Min di Kampung Seri Purnama, Batu Pahat, Johor
Haiqal mengajukan rancangannya untuk mengadakan persembahan zapin di balai raya kampung tersebut kepada Pak Cik Bakar, Haji Salim, dan Wak Arif.

8. Di balai raya Kampung Seri Purnama, Batu Pahat, Johor
Ketika pertama kali Haiqal masuk ke dalam balai raya itu, dia ditemani oleh Lazim dan See Hwa.

9. Di Pekan Parit Raja, Batu Pahat, Johor
See Hwa dan Haiqal ke kedai buku kerana See Hwa ingin membeli novel.

10. Di kawasan perkuburan di Kampung Seri Purnama, Batu Pahat, Johor
Haiqal mengusap-usap batu nisan di pusara arwah ayahnya.
LATAR MASA
1. Pada waktu pagi
Haiqal tiba di Stesen Bas Batu Pahat pada pukul 5.30 pagi.

2. Pada waktu petang
Ai Ling dan Ai Ching datang ke rumah Cikgu Amirulnizam pada pukul 5.00 petang kerana Ai Ling hendak belajar cara mendeklamasikan sajak.

3. Pada waktu malam
Haiqal diberitahu oleh ibunya bahawa “walid” bukanlah ayah kandungnya.

4. 18 tahun
Tauke Lim menetap di Kampung Seri Purnama sudah hampir 18 tahun.
LATAR MASYARAKAT
1. Masyarakat remaja yang berakhlak mulia dan mempunyai jati diri
Haiqal, See Hwa, Ratna, dan Lazim merupakan remaja yang berakhlak mulia.

2. Masyarakat peniaga dan usahawan
Ratna menguruskan gerai minuman dan makanan di kawasan pantai Batu Buruk, ibu Haiqal pula memiliki butik dan kilang batik di Kuala Terengganu, manakala Wak Sakimin mengusahakan gerai minuman dan makanan di Kampung Seri Purnama.

3. Masyarakat kampung yang mengusahakan tanaman sara diri
Tauke Lim mengambil upah menoreh getah di kebun ayah Abdullah selain menjual hasil tanaman orang kampung.

4. Masyarakat pendidik – Cikgu Abdullah Kayan (Cikgu Amirulnizam), Cikgu Latifah, Ustazah Munirah, dan Cikgu Zanariah mengajar di Sekolah Kebangsaan Seri Purnama.

5. Masyarakat yang meminati bidang sastera Melayu
Cikgu Abdullah Kayan banyak menulis sajak, cerpen, dan buku serta pandai mendeklamasi sajak.

6. Masyarakat yang meminati seni tari bangsa Melayu
Cikgu Abdullah Kayan dan kumpulan tarian zapin D’Purnama mengadakan’ persembahan yang mempesonakan hadirin.

7. Masyarakat yang bersatu padu dan bekerjasama
Penduduk Kampung Seri Purnama hidup bersatu padu dan saling bekerjasama.
NILAI
1. Nilai kasih sayang
Haiqal sangat menyayangi ibunya dan ayah kandungnya, selain bapa tiri dan adik tirinya.

2. Nilai Kerajinan
Abdullah Kayan rajin berusaha untuk menubuhkan kumpulan zapin D’Purnama semula setelah lebih 20 tahun kumpulan asalnya dibubarkan. Ratna rajin berusaha untuk berjaya dalam hidupnya setelah gagal dalam peperiksaan SPM.

3, Nilai kerjasama
Penduduk Kampung Seri Purnama bekerjasama dalam menganjurkan majlis persembahan tarian zapin.

4. Nilai semangat bermuafakat
Penduduk Kampung Seri Purnama mengamalkan semangat bermuafakat tanpa mengira bangsa dan agama.

5. Nilai hormat-menghormati
Abdul Fatah, iaitu ayah tiri Haiqal menghormati pendirian Haiqal untuk mengenali kehidupan ayah kandungnya di Kampung Seri Purnama, Batu Pahat.

6. Nilai keberanian
Abdullah Kayan sanggup menghadapi cabaran dalam hidupnya seperti berpisah dengan anaknya dengan tabah hati.

7. Nilai kejujuran
Tauke Ong amanah dan ikhlas dalam menjaga tanah-tanah Abdullah Kayan di baruh dan di belakang rumahnya dengan baik.
PENGAJARAN
1. Kita haruslah reda akan ketentuan Tuhan.
Haiqal reda akan takdir hidupnya yang terpaksa berpisah dengan ayah kandungnya setelah ibu bapanya bercerai.

2. Kita mestilah menghormati ibu bapa kita.
Haiqal tetap menghormati ibunya walaupun ibunya tidak membenarkan dia ke kampung ayah kandungnya.

3. Kita hendaklah berusaha dengan gigih supaya memperoleh kehidupan yang lebih baik.
Tauke Ong (Tauke Lim) gigih mencari wang dengan mengambil upah menoreh getah dan meraih hasil tanaman pendudukan kampung untuk dijual di pekan.