Uji kefahaman anda berkenaan topik Sains Sukan Tingkatan 5 bab 4
1. Atlet acara jarak jauh sering mengamalkan teknik tokokan karbohidrat (mengambil karbohidrat sehingga 70% daripada jumlah kalori seminggu sebelum pertandingan). Apakah objektif utama strategi pemakanan ini?
2. Prinsip latihan fizikal yang menyatakan bahawa faedah sesuatu komponen kecergasan akan diperoleh sekiranya bentuk latihan yang diberikan melatih anggota badan atau sistem tenaga spesifik ialah…
3. Manakah antara berikut merupakan kaedah latihan yang dapat meningkatkan kecekapan Sistem Tenaga Aerobik?
4. Apakah definisi bagi Keletihan (Fatigue)?
5. Apakah hubungan antara Isi Padu Latihan dengan Intensiti Latihan dalam perancangan program latihan fizikal?
6. Mengapakah prinsip rehat dan pemulihan (Rest and Recovery) sangat penting dalam program latihan fizikal?
7. Antara berikut, manakah contoh latihan yang dikategorikan sebagai Latihan Pliometrik?
8. Prinsip Lebihan Bebanan (Overload) diaplikasikan untuk menghasilkan peningkatan komponen kecergasan. Apakah yang perlu dilakukan untuk mencapai Lebihan Bebanan?
9. Segala faedah kecergasan yang diperoleh hasil daripada latihan akan berkurangan atau hilang sekiranya seseorang berhenti berlatih. Prinsip ini dinamakan…
10. Berdasarkan akronim FITT, Intensiti latihan untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular pada tahap sederhana (60% hingga 75% daripada kadar nadi maksimum) bagi individu berumur 17 tahun (KNM 196) ialah antara…