NOTA SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1

NOTA SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1

Sejarah Tingkatan 4

BAB 1:
WARISAN NEGARA BANGSA

“Menelusuri kegemilangan akar umbi dan sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.”

๐Ÿ›๏ธ 1.1 & 1.2 Latar Belakang & Ciri Alam Melayu

Negara bangsa telah wujud sebelum kedatangan Barat. Kerajaan seperti Funan, Champa, dan Srivijaya telah mempunyai asas yang kukuh.

Ciri-ciri Negara Bangsa Alam Melayu:
  • Raja: Tonggak utama kerajaan, ditaati rakyat, dianggap suci.
  • Undang-undang: Memastikan kesejahteraan dan menjadi panduan pentadbiran.
  • Wilayah Pengaruh: Kawasan yang rakyatnya menerima pemerintahan raja.
  • Rakyat: Penduduk yang setia dan tidak menderhaka.

๐Ÿ‘‘ 1.3 Ciri Negara Bangsa KMM

Kesultanan Melayu Melaka (KMM) mempunyai ciri negara bangsa yang sangat sistematik:

  1. Kerajaan: Adanya pemerintah (Sultan) dan dibantu oleh Pembesar Empat Lipatan.
  2. Rakyat: Terdiri daripada orang Melayu dan Orang Laut.
  3. Kedaulatan: Lambang kekuasaan tertinggi sultan yang diiktiraf kerajaan luar (cth: Dinasti Ming).
  4. Wilayah Pengaruh: Merangkumi seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan timur Sumatera.
  5. Undang-undang: Hukum Kanun Melaka & Undang-Undang Laut Melaka.
  6. Lambang Kebesaran: Cap mohon, nobat, keris, dan warna kuning.

โš™๏ธ 1.4 Keunggulan Pentadbiran

Sistem Pembesar Empat Lipatan:

Sultan berada di puncak, diikuti oleh:

  • Bendahara: Penasihat raja dan ketua pentadbir (seperti Perdana Menteri).
  • Penghulu Bendahari: Menguruskan perbendaharaan/kewangan negara.
  • Temenggung: Ketua polis dan menjaga keselamatan kota Melaka.
  • Laksamana: Panglima angkatan laut (Ketua perkhidmatan laut).

*Pentadbiran yang sistematik menjamin kestabilan dan kemakmuran ekonomi melalui perdagangan.

๐Ÿ“œ 1.4 Keunggulan Undang-Undang

Hukum Kanun Melaka
Mempunyai 44 fasal. Meliputi jenayah, bidang kuasa raja, urusan keluarga (perkahwinan), dan urusan ekonomi (perdagangan).
Undang-Undang Laut Melaka
Diusahakan oleh nakhoda (cth: Nakhoda Jenal). Meliputi peranan Nakhoda (seperti raja di laut), pelayaran, jenayah di laut, dan percukaian.

๐Ÿค 1.5 Peranan Pemerintah & Rakyat

Hubungan timbal balik melalui Waadat (perjanjian antara Seri Teri Buana dengan Demang Lebar Daun).

  • Peranan Sultan: Menjaga keselamatan rakyat, mewujudkan perpaduan, dan menjamin kemakmuran.
  • Peranan Pembesar: Perantara sultan dengan rakyat, memungut hasil, dan menjaga keamanan.
  • Peranan Rakyat: Menunjukkan taat setia, menjadi tentera, menghadiri gotong-royong, dan menjadi pengayuh kapal.